Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

"TEMUBUAL PENSYARAH: BERSAMA DR. MARINA MUNIRA ABDUL MUTALIB" MA JA L AH A L - H I KMAH 24 Hidayah: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya Nur Hidayah binti Dzulkifli, bersama Eisya Fawzana binti Mohamad Firdaus, mewakili pihak Majalah al- Hikmah ingin mewawancara Dr. Marina berkenaan latar belakang Dr. Marina. Untuk itu sebagai permulaan, boleh Dr. Marina ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Dr? Dr. Marina Munira: Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Nama saya ialah Marina Munira binti Abdul Mutalib. Saya merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik, berasal dari Kuala Lumpur. Saya telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah, perjalanan akademik bermula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Saya memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dan Perbandingan Agama setelah menamatkan pengajian selama 3 tahun setengah. Kerjaya akademik saya bermula apabila diterima berkhidmat sebagai tutor di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), yang kini dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Melalui peluang yang diberikan oleh USIM ini, saya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) di University of Birmingham, United Kingdom dalam bidang Pengajian Islam selama setahun. Nur Hidayah binti Dzulkifli & Eisya Fawzana binti Mohamad Firdaus Mahasiswa Tahun 4 & Tahun 1 Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan , USIM n.hidaayyy@raudah.u sim.edu.my & syfwzna @raudah.usim.edu.my Dr. Marina Munira Abdul Mutalib adalah antara pensyarah awal di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau juga adalah mantan Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama bagi tahun 2021 sehingga tahun 2025. Eisya: Boleh Dr. Marina ceritakan perasaan saat awal menerima surat pelantikan bagi memegang tanggungjawab sebagai Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama? Dr. Marina Munira : Seperti orang lain juga, apabila kita dipilih untuk memegang jawatan yang besar tanggungjawabnya, pada ketika itu tanggungjawab tersebut terasa agak berat. Kerana sebelum ini memang saya tak pernah pegang jawatan pentadbiran di peringkat universiti. Pada mulanya, seperti orang lain juga, saya tidak tahu apa yang sepatutnya dijangkakan. Seterusnya, saya menyempurnakan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di ISTAC dalam bidang falsafah, etika, dan isu kontemporari dengan tumpuan penyelidikan terhadap pluralisme agama dalam konteks Malaysia. Inilah sedikit sebanyak latar belakang yang dapat saya kongsikan dalam perjalanan pendidikan formal saya. Tapi, alhamdulillah, sepanjang tempoh pertama saya memegang jawatan tersebut, saya banyak belajar dan memperoleh pengalaman baharu seperti orang lain. Setelah memasuki tempoh kedua, saya mula mendapat rentak, semakin memahami tugas, dan lebih menguasai tanggungjawab yang dipikul.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=