Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada para pembaca Majalah Al- Hikmah edisi yang ke-16 tahun 2025. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi di atas kejayaan menerbitkan Majalah Al-Hikmah bagi edisi yang ke-16. Pihak Majalah Al- Hikmah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang artikel, sama ada daripada kalangan pensyarah, para mahasiswa, dan orang awam yang telah berkongsi karya dengan pihak Majalah Al-Hikmah. Moga segala hasil karya yang diterbitkan dapat memberikan manfaat kepada semua yang membacanya. Jawatankuasa Majalah Al-Hikmah merupakan antara salah satu jawatankuasa yang menjadi penyebar informasi dan keilmuan oleh warga Program Pengajian Akidah dan Agama serta orang awam. Sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, kesemua edisi Majalah Al-Hikmah dapat diakses melalui laman sesawang rasmi Fakulti kepimpinan dan Pengurusan, USIM di pautan: https://fkp.usim.edu.my/al-hikmah-magazine/. Penghasilan Majalah Al-Hikmah kali ini menghimpunkan pelbagai bahan bacaan yang bermanfaat untuk semua lapisan pembaca. Dalam Majalah Al-Hikmah edisi ke-16 ini, pelbagai isu menarik telah dikupas dan dibahaskan dengan mendalam. Edisi kali ini mengetengahkan tema “ Spiritual but Not Religious ”, iaitu satu fenomena gaya hidup moden yang semakin berkembang pada masa kini. Istilah ini sering dikaitkan dengan individu yang meyakini kewujudan aspek kerohanian, namun menolak untuk mengamalkan mana-mana agama secara formal. Fenomena Spiritual but Not Religious (SBNR) boleh menimbulkan pelbagai masalah, khususnya terhadap umat Islam. Ia berpotensi melahirkan Muslim yang bersikap mengambil sebahagian daripada agama Dari Meja Ketua Editor Segala puji-pujian diberikan kepada Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, dan para ulama yang mewarisi semangat dakwah Baginda. ف ِ ر َ ش ْ أ َ ى َ ع ل َ م ُ ل َ س ّ و ال َ ة ُ صال ّ و ال َ ن َ ي ْ م ِ ل َ ع ا َ ب ال ِّ ر َ ه ِ ل ّٰ د ل ُ م ْ ح َ ل ْ ا َ ، م ِ ي ْ ح ِ ر ّ ن ال ِ ـ ٰ م َ ح ْ ر ّ م الله ال ِ س ْ ب ِ ن َ ي ْ ع ِ م َ ج ْ أ َ ه ِ ب ِ ح ْ ص َ و َ ه ِ ل ِ ا ٰ لى َ ع َ و َ د ٍ م ّ ح َ م ُ ن ا َ ل ٰ و ْ م َ و َ ا َ د ن ِ ي ِّ س َ ن َ ي ْ ل ِ س َ ر ْ م ُ ل ْ و ا َ ء ِ ي ا َ ب ِ ن ْ األ ْ MA JA L AH A L - H I KMAH 01 `
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=