Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Sambutan 25 Tahun Universiti Sains Islam Malaysia Program Pengajian Akidah dan Agama pula telah bermula di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM pada tahun 2009 dengan pendaftaran 45 pelajar prasiswazah kohort pertama. Kini, program pengajian ini telah berkembang, menawarkan program pengajian peringkat siswazah, menyediakan pelbagai aktiviti pengajian secara berkala di media sosial, dan mempunyai 91 pelajar prasiswazah kohort keenam belas. Didoakan kejayaan di dunia dan di akhirat kepada semua alumni, pelajar, pensyarah, staf dan semua yang telah membantu menjayakan pembangunan program ini sehinggalah ke hari ini. Dijemput semua ahli masyarakat awam untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh program pengajian Akidah dan Agama di kampus dan di semua saluran media sosial. Atau anda boleh mendaftar secara rasmi sebagai pelajar dalam program prasiswazah dan siswazah di Fakulti Kepimpinan dan PengurusanUSIM. Ahlanwasahlan. 25TAHUNUSIM 2025 Majalah Al-Hikmah ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan kepada semua yang terlibat sempena sambutan ulang tahun yang ke-25 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 18 Jun 2025. Selama lebih 2 dekad USIM berbakti sebagai sebuah universiti pengajian Islam milik penuh kerajaan Malaysia dalam mengintegrasikan ilmu-ilmu naqli & aqli untuk kesejahteraan sejagat. MAJALAH AL HIKMAH | 65

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=