Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
Program Intern Talk : Bicara Latihan Industri telah berlangsung dengan jayanya di DKF 1.1 dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada para pelajar. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan INTERN TALK : “ BICARA LATIHAN INDUSTRI ” I TE T L : “BIC L TI I ST I” pendedahan serta perkongsian pengalaman berkaitan dunia latihan industri, khususnya dalam persediaan diri menghadapi cabaran alam pekerjaan. Kedua-dua panel jemputan, Saudara Basit dan Saudara Haziq, merupakan pelajar pengajian Akidah dan Agama yang telah menjalani latihan industri di Masjid Christchurch dan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Mereka berkongsi pelbagai aspek penting dalam persediaan sebelum menjalani latihan industri, cabaran sebenar di tempat kerja dan tips membina rangkaian dan keyakinan diri. Sesi soal jawab turut diadakan, membolehkan para pelajar bertanyakan soalan secara langsung kepada panel, sekaligus menjadikan program ini lebih menarik dan bermanfaat. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan motivasi dan inspirasi kepada para pelajar untuk lebih bersedia menghadapi latihan industri yang akan datang. MAJALAH AL HIKMAH | 64
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=