Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

PENGHAYATAN ISRAK DAN MIKRAJ MENERUSI TASAWUF PE Y T IS I J E E SI T S F Pada 10 Januari, Program Ceramah Perdana diadakan di Dewan Kuliah Fakulti (DKF 1.2) yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan umat Islam terhadap peristiwa Israk dan Mikraj, serta menghubungkannya dengan aspek tasawuf dalam kehidupan seharian. Penceramah membincangkan bagaimana peristiwa Israk dan Mikraj dapat dimanfaatkan dalam pengamalan tasawuf, di mana aspek pengendalian jiwa, mendekatkan diri kepada Allah dan membina hubungan yang lebih erat dengan pencipta. Perjalanan Nabi Muhammad SAW dalam sirah ini digambarkan sebagai simbol perjalanan rohani bagi setiap umat PROGRAM PERUBATAN ISLAM P PE B T ISL Program Perubatan Islam yang berlangsung pada 2 Januari 2025 berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan. Adalah diharapkan melalui inisiatif seperti ini, lebih ramai dapat memahami dan mengamalkan perubatan Islam dalam kehidupan seharian, serta menjaga kesihatan dengan pendekatan yang lebih holistik. Semoga usaha ini dapat terus memperkasakan komuniti dengan ilmu dan kesihatan yang seimbang. cabaran yang timbul apabila teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan dalam konteks agama dan akidah. Diskusi ini melibatkan 2 orang panel daripada pensyarah Program Pengajian Akidah dan Agama. Program ini berjaya memberikan perspektif yang lebih mendalam tentang cabaran yang dihadapi dalam penerapan AI dalam konteks agama dan akidah. Penglibatan ulama dan cendekiawan agama adalah penting dalam memastikan AI berfungsi selaras dengan nilai agama yang sahih. Program ini telah membuka ruang perbincangan yang penting mengenai peranan AI dalam agama dan akidah, serta bagaimana teknologi ini boleh dimanfaatkan secara positif dengan kawalan yang betul. MAJALAH AL HIKMAH | 61

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=