Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
P R O G R AM Z I A R A H K E P U S A T J A G A A N T I T I A N K A S I H A L - I N A Y A H Pada Sabtu, 21 Jun 2025, telah berlangsung Program Ziarah Ukhuwah anjuran Exco Khidmat Masyarakat, Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) bertempat di Pusat Jagaan Titian Kasih Al- Inayah, Banting. Program ini disertai oleh 26 orang ahli Exco PERWADAH bersama 12 orang anak yatim, dan telah dirasmikan oleh Dr. Mustafa Kamal bin Amat Misra. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah, menyantuni anak-anak yatim serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Program Smart Solat, sukaneka, serta gotong-royong memasak bersama anak-anak yatim. Program ini bukan sahaja memberi pengalaman bermakna kepada peserta, malah turut menyemai nilai murni dan keprihatinan terhadap komuniti yang memerlukan. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut ilmu dan sahsiah, malah turut membuka ruang kepada mahasiswa untuk menyantuni komuniti serta memupuk nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. MAJALAH AL HIKMAH | 59
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=