Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
Mahrajan Akidah Week 2025, yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Akidah dan Agama (PERWADAH) berlangsung dari 26 sehingga 30 Mei 2025 di beberapa lokasi dalam universiti. Program ini bertujuan untuk memperkasa kefahaman dan pemikiran dalam bidang akidah, falsafah, tasawuf, dan perbandingan agama melalui pembukaan booth oleh pelajar akidah, siri ceramah dan forum yang menampilkan penceramah terkemuka. Setiap hari tersebut mempunyai tema khusus seperti “Philosophy Exhibition”, “Akidah Day”, “Interfaith Day” dan “Tasawuf Day”. Program ini berjaya mencapai objektifnya, termasuk mempromosikan aktiviti kepimpinan, memberi pendedahan kepada pelajar L A W A T A N I LM I A H K E P U S A T I B A D A H MA H R A J A N A K I D A H W E E K 2 0 2 5 Program Lawatan Ilmiah ke Pusat Ibadah (LITES) anjuran Exco Akademik PERWADAH USIM telah diadakan pada 24 Mei 2025 melibatkan 93 pelajar ke Catholic Church of the Holy Rosary dan Buddhist Maha Vihara. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang amalan pelbagai agama, memupuk sikap terbuka serta mengeratkan hubungan antara pelajar dan masyarakat luar. Program ini berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak dalam penyediaan dan pelaksanaan. Pelajar disambut mesra oleh pihak gereja dan kuil, dan lawatan ini memberi pengalaman bermakna serta pengetahuan baharu tentang agama lain, di samping turut memperkenalkan nilai-nilai Islam secara harmoni. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan demi membina masyarakat yang lebih memahami, bersatu dan hidup dalam suasana harmoni berbilang agama. tentang akidah yang sebenar, mencungkil bakat pelajar, dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis. Program ini mendapat maklum balas positif daripada para peserta khusunya pelajar Universiti Sains Islam Malaysia, universiti lain, dan orang awam secara dalam talian. MAJALAH AL HIKMAH | 58
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=