Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
Program Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah berlangsung pada 17 Januari 2025 di DKS1.5 dengan penyertaan 82 pelajar PERWADAH. Tujuan utama program adalah untuk memberi pencerahan tentang prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, menghayati ajaran Islam sebenar serta membentuk mahasiswa yang berakhlak, berintegriti dan bersatu menghadapi cabaran semasa. Program ini juga menjadi medium kesedaran terhadap ancaman ideologi yang bertentangan dengan Islam. P R O G R AM T A L K A H L I S UNN A H W A L J AMA A H S E B A G A I T O N G G A K A K I D A H S E P A N J A N G Z AMA N P R O G R AM S T A R T - U P A S S I G NM E N T Program secara dalam talian ini telah berlangsung pada 23 Mac 2025 melalui Microsoft Teams dari 10:00 pagi hingga 12:15 tengah hari, melibatkan 82 peserta dan dibantu oleh 14 ahli jawatankuasa. Panel jemputan ialah Saudara Nur Haziq Irfan bin Nor Hisham, pelajar Tahun 4 Pengajian Akidah dan Agama, USIM, serta penerima Anugerah Dekan setiap semester. Beliau berkongsi pengalaman dan panduan pelaksanaan tugasan akademik selama dua jam, diikuti sesi soal jawab selama 15 minit. Program ini bertujuan membantu pelajar menghasilkan tugasan berkualiti, di samping menekankan disiplin, tanggungjawab, kerja berkumpulan, serta kemahiran penulisan rasmi, dan penggunaan bahasa yang betul sebagai persediaan kerjaya. Secara keseluruhan, program berjalan lancar dengan kerjasama baik antara panel, AJK, dan peserta. MAJALAH AL HIKMAH | 57
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=