Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
P R O G R AM F I E S T A P E R W A D A H LAPORAN PERWADAH Program PERWADAH Sport Tournament telah berjaya diadakan pada 18 Januari 2025 di Kompleks Sukan Tunku Najihah. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar Akidah dan Agama Tahun 1 hingga Tahun 4, serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama. Acara yang dipertandingkan termasuk bola baling, bola tampar, sepak takraw, futsal dan bola jaring. Pendaftaran dan taklimat untuk bola baling, bola tampar dan sepak takraw bermula jam 8:00 pagi, manakala futsal dan bola jaring dijalankan pada jam 5:00 petang selepas sesi taklimat. Secara keseluruhan, program berjalan lancar dengan sambutan yang baik. P R O G R AM P E R W A D A H S P O R T T O U R N AM E N T Pada 12 Januari 2025, Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) telah menganjurkan Fiesta PERWADAH bagi sesi 2024/2025 bagi mengeratkan hubungan antara mahasiswa, mahasiswi dan pensyarah melalui aktiviti sukaneka. Program bermula jam 7.30 pagi dengan ketibaan peserta, sarapan dan senamrobik, diikuti ucapan perasmian oleh Presiden PERWADAH dan Dr. Ahmad Najaa yang menekankan kepentingan ukhuwah. Aktiviti sukan dimulakan jam 9.15 pagi, antaranya Lari Dalam Kain, Catch The Splash dan Tarik Tali. Kehadiran pensyarah turut memeriahkan suasana. Majlis penutup dan penyampaian hadiah berlangsung pada jam 1.00 petang dan program diakhiri dengan sesi fotografi sebelum peserta bersurai pada jam 2.00 petang. Secara keseluruhan, program ini berjaya mengeratkan hubungan warga PERWADAH dan wajar diteruskan lagi. MAJALAH AL HIKMAH | 56
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=