Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
SWT telah menciptakan manusia itu daripada pelbagai suku kaum dan bangsa untuk saling mengenal. Oleh itu, menjadi satu keutamaan untuk kita sebagai manusia mengeksplorasi dunia luar dalam usaha membuka minda yang luas dalammemahami erti kehidupan. Sejujurnya, sebelum ini penulis hanyalah seorang pelajar berpersatuan yang hanya komited dalamPersatuan PERWADAH, tidak lekang hanya memikirkan urusan persatuan tanpa mengendahkan rakan fakulti lain dan kemajmukan komuniti mahasiswa USIM. Namun demikian, persepsi penulis berubah tatkala menyertai pengembaraan GISO Perdana ini. Penulis mendapati bahawa beliau berasa gembira mempunyai rakan yang berbeza latar belakang dan berbeza aliran akademik yang dipelajari di USIM ini. Penulis merakamkan rasa syukur dan takjub kerana bertemu dengan rakan-rakan yang hebat dan luar biasa pada latar belakang penglibatan mereka di USIM ini. Melalui pengembaraan GISO ini, penulis mempunyai persepsi baharu terhadap USIM bahawa kehidupan seorang mahasiswa itu sebenarnya indah dan bervariasi, terpulang kepada para pelajar itu sendiri dalam menentukan corak hidup mereka bergaul di alam menara gading ini. Selain itu, penulis juga belajar erti meraikan kesederhanaan dalam kehidupan. Melihat kepada situasi kehidupan komuniti Ban Blukasnor yang serba kekurangan, namun mereka sentiasa rajin untuk turun solat berjemaah bersama-sama setiap waktu. Semangat utuh dan keazaman mereka membuatkan penulis berasa kagum atas ketekunan mereka untuk melaksanakan ibadah yang diperintah oleh Allah. Melihat kepada situasi kehidupan mereka juga, penulis merakamkan rasa Syukur atas kehidupan yang serba selesa dan penulis sedar bahawa banyak yang telah Allah SWT limpahkan rezeki buat kita di tanahMalaysia ini. Melihat kepada komparatif kehidupan umat Islam di Malaysia dan Selatan Thailand, penulis melihat bahawa kebebasan untuk mengamalkan ajaran Islam di Malaysia itu lebih memandangkan agama Islam telah diklasifikasikan sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, manakala Selatan Thailand pula mendiskriminasi umat Islam ini sehinggakan ada berlaku tragedi tembak-menembak berikutan keganasan pemerintah mengawal kehidupan umat Islam di sana. Namun, cabaran tersebut tidak menggoyahkan mereka untuk memperkukuh ajaran Islam yang membuatkan penulis merasa sedikit iri terhadap kelonggaran pengukuhan prinsip Islam di Malaysia. Baba Yahya selalu menasihati kami semua, bahawa setiap pertemuan itu mengundang hikmah daripada Allah SWT. Ada sebab mengapa manusia itu dipertemukan, dan kerana itu penulis menekankan di sini bahawa perlunya menghargai pertemuan bersama sesiapa pun, menghargai pertemuan dan cuba mentadabbur di sebalik pertemuan itu. Alhamdulillah diberi peluang yang cukup hebat ini bertemu rakan-rakan berlainan fakulti yang cukup hebat, membuka mata penulis untuk sentiasa bersangka baik terhadap ketentuan Allah atas sesebuah pertemuan. Akhir kata, sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT atas segala perkara. Sekiranya para pembaca diberi peluang untuk melibatkan aktiviti Bersama masyarakat, jangan lepaskan peluang kerana pengalaman itu mahal. Kerana pengalaman, minda seseorang itu lebih meluas untuk melihat sebuah kehidupan. Kerana pengalaman, diri kita akan belajar untuk menjadi lebih matang dan sentiasa merendah diri dalam segala perkara. Memaknai erti kehidupan, mengajarkan kita perlunya konsisten untuk meneroka dunia lebih lagi, kerana ramai lagi manusia di luar sana yang lebih hebat daripada kita, di samping mengagumi keindahan kemajmukan masyarakat dalambumi Allah ini. MAJALAH AL HIKMAH | 50
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=