Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
sembelihan lembu yang dikendalikan oleh warga Ban Blukasnor. Kemudian, aktiviti melapah, memotong bawang, dan memasak telah dikendalikan oleh para pelajar USIM. Program ini telah berlangsung daripada jam 8.00 pagi sehingga jam 1.30 petang, kemudian diteruskan dengan santapan beramai-ramai bersama warga komuniti Ban Blukasnor. Pada jam 3.00 petang, para pelajar dan warga kampung meraikan kunjungan hormat wakil Timbalan Naib Canselor USIM untuk mengucapkan sepatah dua kata dan penghargaan kepada komuniti Ban Blukasnor atas kesudian menerima pelajar USIM untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Program tersebut diteruskan lagi dengan sesi penyampaian barang-barang asas seperti tepung, minyak, dan beras kepada semua keluarga rumah bertemakan persilangan budaya. Pada program malam tersebut juga dipecahkan kepada tiga aktiviti, iaitu aktiviti menjahit baju, mengenal baju tradisional Malaysia, dan aktiviti bertutur bahasa Melayu. Program menjahit baju dikendalikan oleh staf badan Hal Ehwal Pelajar USIM, manakala dua program lagi dijalankan oleh para pelajar. Kelihatan komuniti setempat berasa sungguh gembira dan memberi komitmen yang sangat baik untuk program- program yang dijalankan pada hari tersebut. 7 Ogos 2024 Program pada pagi hari diteruskan dengan aktiviti angkat di sana. Pada jam 4.30 petang, program diteruskan lagi dengan komuniti setempat membawa para pelajar bermandi-manda ke Budo Waterfall dengan menaiki kereta pacuan empat roda. Berikutan hujan lebat, kami sempat bermandi-manda selama setengah jam sahaja sebelum basah lencun kerana hujan yang teramat lebat. Satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Selepas seronok bermandi- manda, kami dibawa melawat ke Masjid Teluk Manuk yang berusia lebih daripada 300 tahun, yang merupakan tempat persinggahan wajib rakyat Malaysia yang singgah di Narathiwat. Masjid ini juga mempunyai banyak kubur lama tidak bernama dan makam Tak Bai, saksi pertempuran ekstrem yang berlaku antara pemerintah Thailand dan umat Islam Tak Bai pada tahun 2004. Pada jam 8.30 malam, komuniti setempat Ban Blukasnor mengadakan majlis perpisahan bersama para pelajar sebelum kami semua berangkat ke Hatyai pada esok hari. Antara program yang diadakan pada malam tersebut adalah sesi cabutan bertuah dan ucapan wakil pelajar lelaki dan perempuan USIM untuk mengekspresikan perasaan dan pengalaman sepanjang tiga hari menetap di kampung ini. Penulis telah terpilih untuk menjadi wakil lelaki USIM menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga buat seluruh komuniti Ban Blukasnor atas kesudian melayan kami dengan baik. 8 Ogos 2024 Ini merupakan hari terakhir buat kami sebelumkami meninggalkan kampung ini. Pelbagai perasaan yang terzahir ketika itu. Sedih dan gembira diungkapkan atas rasa syukur yang tak terhingga pada pertemuan berkat ini. Kemudian, para pelajar diberikan peluang untuk bersiar-siar di bandar Hatyai selama empat hari sebelum pulang ke tanah air tercinta. Pada hari terakhir bersamaan 11 Ogos 2024, kami berkesempatan berjumpa Baba Yahya dan keluarga atas kesudian beliau hadir ke sempadan untuk memberikan lambaian terakhir kepada kami. Penulis sungguh merasakan kesedihan yang tak terhingga atas pertemuan yang cukup menggembirakan ini walaupun empat hari sahaja. Baba Yahya sempat memberikan nasihat terakhir dan penghargaan buat semua pelajar USIM bertempat di rumahnya pada hari terakhir kami di Ban Blukasnor. Baba Yahya sempat mempelawa kami untuk bersarapan pagi bersama sebelum kami berangkat ke bandar Hatyai. Mencari Ibrah di Selatan Thailand: Penulis dan saudara Luqman berkesempatan untuk memberikan ucapan penghargaan buat seluruh komuniti Ban Blukasnor atas kesudian menyambut kami selaku pelajar USIM dengan layanan yang kondusif. Penulis dapat mengambil satu intipati yang cukup besar, iaitu rahmat sesebuah pertemuan. Allah MAJALAH AL HIKMAH | 49
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=