Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Mencari IBRAH di Selatan Thailand: Eksplorasi GISO USIM di Narathiwat, Thailand Nur Haziq Irfan bin Nor Hisham Mahasiswa Tahun 4 ProgramPengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM haziq0053@gmail.com Ban Blukasnor, Narathiwat, Thailand: Tunku Najihah (KSTN) untuk taklimat awal perjalanan sebelum para pelajar dilepaskan mengikut bas yang telah ditetapkan. Untuk makluman, GISO Perdana ini telah dibahagikan sebanyak empat kumpulan dengan satu kumpulan membawa seramai tiga puluh orang. Keempat-empat kumpulan ini telah dipecahkan lokasi, iaitu Prince of Songkhla University, Yala Rajabhat University, Fatoni University, dan Ban Blukasnor. Eksplorasi GISO Perdana USIM 2024 telah membawa kami menjelajah bumi selatan Thailand, iaitu di Kampung Ban Blukasnor yang terletak di bumi Narathiwat. Kedudukan kampung ini yang kira- kira sejam daripada sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, Kelantan mengambil masa perjalanan selama 10 jam sahaja. ProgramGISO ini dijalankan selama tujuh hari, di mana empat hari terawal mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti Ban Blukasnor, sebelum para pelajar diberikan peluang untuk bersiar-siar di Hatyai, Thailand. Pada 4 Ogos 2024 jam 9.30 Malam, para pelajar mula berkumpul di Kompleks Sukan 5 Ogos 2024 Jam 8.30 pagi, para pelajar tiba di sempadan Malaysia-Thailand bertempat di Rantau Panjang, Kelantan. Kemudian, para pelajar dipindahkan ke bas bertingkat yang telah ditetapkan sebelum bergerak ke destinasi masing-masing. Perjalanan penulis ini menuju ke kampung Ban Blukasnor di Narathiwat, Thailand. Setelah tiba di tempat kejadian, para pelajar dikumpulkan di madrasah Ban Blukasnor untuk mendengar taklimat awal daripada Baba Yahya selaku mudir madrasah tersebut. Taklimat awal merangkumi tentatif keseluruhan selama 4 hari menetap di kampung dan pengagihan rumah angkat bagi pelajar perempuan. Pelajar lelaki seramai lima orang menetap di dalam bilik madrasah. Program pertama bermula pada waktu malam, di mana anak- anak kampung dipecahkan kepada 20 kumpulan dan terdiri daripada dua atau tiga pelajar untuk menjadi fasilitator setiap kumpulan. Program tersebut bertujuan untuk mengadakan sesi berkenalan bersama anak-anak kampung dengan mengadakan sesi taaruf dan permainan kecil-kecilan bersama ahli kumpulan. 6 Ogos 2024 Para pelajar mengadakan sesi gotong-royong membersihkan kawasan madrasah dengan mencuci tandas, menyapu lantai dan mengumpulkan sampah-sampah besar di sekitar madrasah tersebut. Program ini telah dilaksanakan oleh para pelajar, di samping berkhidmat dalam memberikan keselesaan sedikit buat warga kampung untuk menunaikan solat berjemaah. Selepas makan tengah hari dan solat berjemaah, Baba Yahya mengadakan kelas bahasa Thailand bersama para pelajar dan penduduk setempat, di mana kelas ini memberikan pendedahan kepada para pelajar sedikit sebanyak pemahaman terhadap bahasa Thai yang boleh digunakan semasa berjalan-jalan di bandar Hatyai nanti. Pada jam5.30 petang, program sukaneka telah diadakan bagi meraikan penduduk Ban Blukasnor dan usaha perpaduan masyarakat Malaysia dan Thailand. Berikutan penglibatan komuniti yang sangat ramai, program tersebut telah dipecahkan kepada tiga aktiviti yang dijalankan secara serentak, iaitu sukaneka kanak- kanak, aktiviti bola tampar, dan aktiviti bola sepak. Aktiviti bola sepak lebih difokuskan kepada kanak-kanak lelaki, sukaneka pula bertumpu kepada kanak-kanak perempuan, dan aktiviti bola tampar melibatkan komuniti setempat tidak kira usia. Program pada hari tersebut diteruskan lagi padamalamhari MAJALAH AL HIKMAH | 48

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=