Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
Sebaran berita menuduh beliau melantik saudara-mara dan kerabat sendiri menjadi gabenor dan wakil rakyat, bahkan melepaskan salah seorang saudaranya daripada hukuman kerana meminum arak membawa kepada kebencian segelintir orang Islam dan kemudian membawa perpecahan umat Islam. Selain tuduhan tersebut, Saidina Uthman turut dituduh membazirkan harta perbendaharaan dan memecat wakil-wakil yang dilantik Saidina Umar RA sebelumnya. Oleh itu, umat Islam diingatkan supaya sentiasa menjaga lisan dan pemikiran mereka untuk tidak mendorong saudara Islam lain ke arah idea-idea yang memesongkan, sekalipun pada zahirnya idea-idea terbabit menguntungkan. Cerminan kefahaman dan pegangan umat Islam diperlihatkan daripada ucapan dan tindakan mereka sehari- hari. Sebaik-baik muslim adalah mereka yang sentiasa bersikap menjaga batas-batas syarak pada perkataan dan perbuatan yang mereka persembahkan dan sikap sebegini mesti datang daripada akal yang sentiasa waspada dan hati yang ikhlas. Perkara ini telah diingatkan oleh Nabi SAW dengan sabda: “Tidak lurus (benar) iman seorang hamba sehinggalah lurus (benar) hatinya. Dan tidak lurus hatinya sehinggalah lurus (benar) lisannya” (Riwayat Ahmad). Umat Islam yang memahami keburukan nepotisme dan kronisme sudah pasti menolak mengamalkan perlakuan yang dilarang ini. Mereka tidak akan menyokong nepotisme dan kronisme sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika sudah habis kebaikannya sebelum berbayar kesalahannya, diambil segala kesalahan orang yang diperlakukan lalu dilemparkan ke atas si muflis, kemudian dia dicampak ke dalamneraka” (Riwayat Muslim). Umat Islamsewajarnyamenyedari keburukan nepotisme dan kronisme pada segenap sudut kehidupan mereka kerana tanpa disedari menyebelahi taulan atau kenalan dalam suatu penganugerahan dan pengagihan, tanpa mengambil kira kelayakan dan kemahiran boleh membawa kepada nepotisme. Mereka perlu sentiasa mengingati dan diingatkan supaya bersikap adil sepertimana disarankan al-Qur’an: “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kalian orang yang mendirikan dengan keadilan, penyaksian kepada Allah, walau ke atas diri kalian sendiri, atau ibu bapa kalian dan kaum kerabat kalian” (al-Nisa:135). Fitnah yang dialami oleh Saidina Uthman RA disebutkan sebagai ‘fitnah Kubra’ (fitnah terbesar) kerana kemudiannya digunakan oleh munafik dan zindik mencetuskan fitnah-fitnah perpecahan umat Islam yang lebih parah sehingga ke hari ini. Saidina Hudhayfah bin al-Yamani RA menyifatkan besarnya fitnah yang menimpa Saidina Uthman dengan berkata: “Fitnah yang pertama berlaku ialah pembunuhan Uthman, yang terakhir ialah penjelmaan dajjal. Demi jiwaku pada tangan-Nya, tidak mati seseorang yang ada dalam hatinya sebesar biji benih menyukai pembunuhan Uthman melainkan dia akan mengikuti dajjal jika dia menemuinya. Jika dia tidak sempat menemui dajjal, dia akan beriman dengan dajjal dalam kuburnya” (Riwayat Ibnu Asakir). Tiada lain yang boleh disimpulkan bahawa nepotisme dan kronisme amat ditegah oleh Islam, apatah lagi untuk mengizinkannya dengan apa-apa syarat atau situasi sekalipun, ia termasuk daripada perbuatan menindas dan memangsakan orang lain. Nabi SAW melarangnya dengan keras, baginda menegaskan: “Muflis daripada umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan ibadat solat, puasa dan zakat. Dia datang denganmemaki orang ini dan itu, menuduh zina orang ini dan itu, memakan harta orang ini dan itu, membunuh orang ini dan itu, memukul orang ini dan itu, lalu diberikan orang ini daripada kebaikannya (muflis), orang itu pula dengan kebaikannya (muflis). MAJALAH AL HIKMAH | 47
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=