Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Nepotisme dan Kronisme Menyalahi Kejujuran Islam Dr.MohdHamidi Ismail Pensyarah, Fakulti KepimpinandanPengurusan (USIM) i hamidi@usim.edu.my Fitnah nepotisme dan kronisme tidak kurang dahsyat ancamannya. Saidina Uthman bin Affan RA sebagai khalifah Rasul yang ke-3 dan juga salah seorang Khulafa’ al-Rashidin dipalit dengan fitnah terbabit sehingga beliau syahid dibunuh. Dalam bahasa moden pengagihan sedemikian dikenali sebagai nepotisme dan kronisme. Nepotisme berasal daripada sebutan latin ‘nepos’ bermaksud ‘kekerabatan’ atau ‘kesepupuan’, manakala kronisme dipercayai berasal daripada sebutan ‘chronios’ dalam bahasa Yunani yang bermaksud ‘jangka masa lama’. Pada dapatan lain, kronisme berasal daripada bahasa pribumi Ireland ‘ comh- roghna’ yang bermaksud ‘kawan baik’ atau ‘teman rapat’. Amalan nepotisme dan kronisme telah bermula di barat semenjak zaman pengaruh aristokrat dalam masyarakat Eropah. Kemudian, pada kurun ke-5 sehingga lewat kurun ke-17 Masihi, para paus Katolik (Chatolic pope) dan uskup direkodkan paling ramai mengamalkan nepotisme dan kronisme bagi menjaga kelangsungan jawatan kardinal (menjaga institusi gereja) dalam kitaran kekeluargaan mereka. Pendeta-pendeta tersebut yang disyaratkan mesti ‘membujang’ atau tidak berkahwin tidak memiliki zuriat sendiri terdesak mewariskan jawatan kardinal kepada ahli kerabat yang lain. Dalam Islam nepostisme dan kronisme ditakrifkan mentaklif individu yang mempunyai pertalian kekeluargaan atau kenalan tanpa mengambil kira kelayakan pentaklifan. Dalam fatwa bernombor 3322 Darul Ifta’ Jordan, nepostisme dan kronismemencerminkan favoritisme (pilih kasih) yang dilarang oleh syarak. Iamerupakan bahagian ‘syafaat’ buruk yang dijelaskan dalam al-Qur’an: “Sesiapa yang memberi syafaat dengan syafaat yang baik, baginya ada bahagian baik daripadanya (syafaat), sementara sesiapa yang memberi syafaat dengan syafaat yang buruk, baginya ada bebanan daripadanya (syafaat)” (surah al-Nisa’, 85). Menggunakan perantaraan di atas dasar pilih kasih, pada asasnya telah mencabuli hak orang lain yang berhak dan layak. Perbuatan ini bukan sahaja mengkhianati keadilan dan ketelusan bahkan datang daripada sikap dungu dan sombong. Jika perbuatan ini melibatkan hak orang ramai, maka ia membawa kefasadan dan kezaliman kerana memundurkan dan merosakkan orang lain dengan sengaja pada sesuatu yang sewajarnya mereka perolehi. Allah SWT melarang keras perlakuan sedemikian dalam firman-Nya (hadis Qudsi): “Wahai hambaku, Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diriku. Aku telah jadikannya (kezaliman) haram di antara kalian, maka janganlahmenzalimi” (Riwayat Muslim). Dalam sejarah umat Islam, nepotisme dan kronisme menjadi dalang dan racun kejatuhan empayar-empayar Islam dan pemerintahnya. Pemimpin-pemimpin yang lemah diangkat di atas kekerabatan menjadi punca daulah yang diperintah mengalami kemunduran dan kemiskinan, seterusnya membawa kepada pemberontakan dalaman atau pembelotan, serta terdedah kepada serangan musuh dari luar. Pada hari ini, nepotisme dan kronisme menjadi senjata ampuh pihak barat melemahkan negara-negara Islam di samping mengumpan pemimpin-pemimpin Islam dengan kuasa politik, kekayaan dan ugutan. Pengagihan yang dilakukan di atas sikap melebihkan pertalian keluarga atau kenalan rapat menjurus kepada ketidakadilan malah menzalimi. MAJALAH AL HIKMAH | 46

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=