Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

PENGHAYATANTERHADAP PEMIKIRAN TASAWUF SYEIKHABDULQADIR 'ISA Segala pujian hanyalah bagi Allah Taala Tuhan sekalian alam, selawat, dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Penulisan saya kali ini adalah bagi berkongsi hasil dapatan dalam penulisan projek ilmiah pada semester lepas. Umum mengetahui, projek ilmiah atau penulisan thesis merupakan kursus wajib bagi pelajar universiti. Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pelajar dikehendaki menyelesaikan projek ilmiah sepenuhnya sebelum melangkah ke semester akhir bagi menjalani proses latihan dalam industri bagi melengkapkan jumlah jam kredit sekaligus berkelayakan untuk menggenggam segulung ijazah. بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين وأفضل الصلة وأتم التسليم على سيد الولين والخرين وعلى آله وصحبه أجمعين Ahmad Faris Hani bin Abdullah Mahasiswa Tahun 4 Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM farishanikun21@gmail.com Projek Ilmiah saya bertajuk Al-Tasawuf Al- Hakiki Al-Wadih fi Fikr Al-Syeikh Al-Arif Billah Abdul Qadir Isa Al-Halabi bersandarkan kepada kitab beliau iaitu Haqaiq A'ni Al- Tasawuf (tasawuf yang benar dan jelas menurut pandangan Al Syeikh Abdul Qadir Isa). Saya tertarik untuk memilih dan menulis tajuk ini secara kajian buku kerana seringkali wujud persoalan tentang tasawuf yang benar sehingga ke hari ini. Saya menggunakan pendekatan dakwaan kontemporari dinafikan dengan hujah kontemporari. Lebih-lebih lagi, saya melihat ketika itu tasawuf ditohmah dan direndahkanmartabatnyaolehgolonganyang memiliki nama dan orang awam yang telah terkesan dengan dakyah mereka. Mereka mendakwa bahawa tasawuf dan tarekat pada zaman ini tidak bolehdipercayai, diamalkandan diikuti. Mereka juga turut memasukkan sangkaan-sangkaan jahat terhadap tasawuf dan tarekat dengan mengatakan guru masa kini yang mengajarkan ilmu ini adalah palsu belaka. Golongan ini hanya menyeru kepada tasawuf semata-mata yang diajarkan oleh Nabi SAW bukan dari para ulama muktabar. Sedihnya, tohmahan, dakwaan dan dakyah ini berlaku sehingga ke hari ini. Golongan ini juga cuba menafikan secara menyeluruh bahawasanya tiada tasawuf yang tulen sampai kepada kita dan kita hanya perlu mengikut apa yang ada di dalamAl-QurandanAl-Sunnah sahaja. Ini merupakan satu contoh sikap endah tak endah dan bermudah-mudahan dalam agama yangmana patut dihindarkan oleh ahli ilmu. Hal demikian kerana, ahli ilmu yang benar dan ikhlas tidak akan sama sekali menyeru masyarakat hanya kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah akan tetapi turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan seruan untuk merujuk kepada alim ulama yang muktabar. Sepertimana yang diketahui, mana mungkin agama Islam dan ajaran Islam akan tersebar sendiri tanpa perantaraan para ulama. Ini kerana, jasa mereka dalam mengekalkan keaslian ilmu yang disampaikan oleh Nabi SAW amatlah besar untuk umat hari ini. Tidak terhenti disitu sahaja, bahkan dengan pengetahuan mereka . MAJALAH AL HIKMAH | 43

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=