Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Sehubungan dengan itu, para ulama telah memberi pandangan berkenaan dengan golongan antihadis di mana gerakan tersebut bercanggah dengan agama Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana menolak sumber yang penting dalam Islam. Para ulama juga tidak berdiam diri dalam menghadapi isu ini dengan mempertahankan as-Sunnah dan menolak dakwah golongan antihadis melalui penulisan, seperti Dr. Mustafa as-Siba’i ( as-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri’ al-Islami ) dan sebagainya. Selain itu, beberapa solusi digariskan untuk membanteras golongan antihadis seperti peranan ulil amri melalui fatwa dan penguatkuasaan, serta aktiviti dakwah dan kempen kesedaran kepada masyarakat berkenaan ideologi menyimpang seperti golongan antihadis. Diharapkan agar perkongsian berkenaan penulisan ini memberi manfaat dan kesedaran buat semua akan bahaya dan keraguan yang dibawa oleh ideologi songsang terhadap pegangan akidah umat Islam, selain mempertahankan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan baginda SAW. Mereka berpendapat bahawa selang yang panjang antara zaman Nabi dan proses penulisan membolehkan beberapa potensi penyelewengan, termasuk penambahan, pengubahsuaian, dan juga pemalsuan hadis. Mereka juga sering menuduh bahawa adanya percanggahan antara hadis-hadis tertentu dengan Al-Quran dalam beberapa isu seperti akidah, ibadah dan hukum-hakam, di mana tuduhan itu untuk mencemarkan kesahihan hadis. Tambahan pula, tuduhan bahawa hadis merupakan hasil pemalsuan yang dilakukan untuk kepentingan tertentu, di mana mereka menganggap bahawa semua hadis adalah hadis maudhu ' (palsu) dan percaya bahawa ada individu yang sengaja menjadikannya untuk kepentingan politik, mazhab, atau kumpulan mereka sendiri. Kesemua dakwaan yang dilontarkan oleh mereka sepatutnya ditangkis dengan sebaiknya dan penuh hikmah serta berdasarkan manhaj ilmu yang benar. MAJALAH AL HIKMAH | 39

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=