Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

GERAKAN ANTIHADIS: KERAGUANMEREKA TERHADAP SUNNAH NABAWIYYAH Muhammad Alif Nazwan bin Baharum Mahasiswa Tahun 3 Program Pengajian Akidah Dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM alifnazwanbaharum99@gmail.com Assalamualaikum w.b.t. Insya-Allah pada kali ini, penulis ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian berkenaan isu gerakan antihadis dan keraguan mereka terhadap s unnah nabawiyyah . Sebagaimana yang kita maklum, umat Islam terdedah dengan pelbagai cabaran dari aspek akidah, antaranya kemunculan gerakan antihadis di mana gerakan tersebut telah muncul dalam sejarah ketamadunan Islam. Hal ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Nabi SAW. telah bersabda “akan ada suatu golongan yang hanya berpegang kepada Al-Quran sahaja di samping menolak as-Sunnah” (HR Abu Daud & Ibnu Majah). Mereka menolak hadis sebagai suatu sumber utama dalam epistemologi Islam dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Inkar as-Sunnah, Quraniyyun dan sebagainya. Penulisan ini memfokuskan kepada gerakan antihadis pada zaman moden, di mana ia muncul pada kurun ke-11 Hijrah di mana dicetuskan oleh golongan orientalis seperti Goldzieher yang ingin mempengaruhi pemikiran umat Islam pada ketika itu agar menolak as-Sunnah. Justeru, beberapa tokoh yang terpengaruh dengan dakyah tersebut muncul selepasnya di pelbagai negara seperti Dr Rashad Khalifa (Mesir), Abdullah Chakralawi, Ghulam Ahmad Pervez (Asia Selatan) sehinggalah Kassim Ahmad di Malaysia. Penulisan ini menggariskan beberapa faktor kemunculan golongan antihadis, iaitu kejahilan mereka tentang sifat ilmu Islam yang telah diwarisi dan tidak mengambilnya dari sumber yang suci dan terpelihara, terpedaya dengan gaya ilmiah yang ditonjolkan oleh golongan antihadis, keinginan mereka untuk menjadi terkenal, mempromosikan diri mereka sebagai orang yang berfikiran terbuka yang bebas daripada sebarang kongkongan mengikut dakwaan mereka selain mereka tunduk di bawah pengaruh nafsu dan penyelewengan ideologi. Selain itu, ia menjelaskan tentang beberapa bentuk keraguan yang ditimbulkan oleh golongan antihadis. Salah satunya ialah mereka mendakwa bahawa hanya Al-Quran sahaja dianggap sah sebagai sumber syariat Islam kerana ia sudah memadai untuk menggambarkan setiap aspek kehidupan. Terdapat juga kritikan dari aspek proses pengumpulan hadis dengan alasan ia sudah terlambat selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. MAJALAH AL HIKMAH | 38

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=