Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Terdapat sebuah kitab yang sangat unik dan menarik yang telah ditulis oleh Imam Al-`Izz dalam menghuraikan faedah-faedah ujian ke atas orang yang beriman menerusi tajuk Fawā’id Al- Balwā Wa Al-Mi ḥ an . Dalam pandangan beliau, terdapat tujuh belas faedah yang dapat diraih daripada ujian dan musibah ke atas orang-orang yang beriman. Tujuh belas faedah ini adalah seperti berikut: 1.Mengenali keagungan Allah SWT 2.Mengenali nilai kehambaan manusia kepada Allah Taala 3.Mengikhlaskan diri kepada Allah Taala sebagai Maha Pelindung 4.Kembali kepada Allah Taala 5.Merendahkan diri dan berdoa kepada-Nya 6.Bersabar dengan punca dan pembuat musibah 7.Memaafkan orang yang mengakibatkan musibah 8.Bersabar dalam menghadapi musibah 9.Bergembira dengan faedah-faedah yang boleh diperolehi daripada musibah 10.Bersyukur atas bala (yang menimpa) kerana faedah-faedahnya 11.Menyucikan diri daripada dosa-dosa 12.Mendapat rahmat dan pertolongan atas kesusahan 13.Mengenali nilai nikmat kesenangan 14.Mendapat pahala akhirat 15.Mengetahui faedah-faedah yang tersembunyi daripada bala yang berlaku 16.Menghalang diri daripada sifat jahat, bongkak (tidak bersyukur), sombong, bangga, besar diri, dan salah guna kuasa (despotisme) 17.Merasa reda (dengan ketentuan Allah SWT) sehingga mewajibkan seseorang itu juga mendapat reda Allah Taala Nama penuh Imam Al-`Izz `Abd al-`Azīz ibn `Abd al-Salām adalah `Abd al-`Azīz ibn `Abd al-Salām ibn Abī al-Qāsim ibn Ḥ asan. Beliau turut menerima gelaran al-`Izz atau `Izz al-Dīn yang bermaksud keagungan agama. Beliau dilahirkan di Damsyik pada tahun 577H dan banyak menghabiskan umurnya dalam bidang keilmuan, pengajaran dan fatwa. Beliau meninggal dunia pada tahun 660H ketika berumur lapan puluh tiga tahun. Beliau telah meninggalkan pelbagai kitab penting dalam bidang pengajian Islam seperti al-Fawā'id Fī Mushkil al-Qur’ān, al-`Aqā'id, Shar ḥ al-Asmā’ al- Ḥ usnā, Bidāyah al-Sūl Fī Taf ḍ īl al-Rasūl, Qawā`id al-A ḥ kām Li Ma ṣ āli ḥ al-Anām dan al- Qawā`id al-Sughrā. Faedah Ujian Oleh Imam Al-`Izz `Abd al-`Azīz ibn `Abd al-Salām (577-660H) MAJALAH AL HIKMAH | 36

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=