Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Surah Al-Ankabut 29: ayat 2) memastikan kesemua urusan keluarga berjalan dengan baik dan lancar. Seorang anak pula wajib mentaati perintah Allah, Rasul, dan ibu bapanya dalam menjalankan amanahnya sebagai penerus legasi keluarga Muslim yang baik. Semua amanah dan tanggungjawab yang ditanggung di pundak seorang ayah, ibu dan anak ini mustahil dapat dilunaskan melainkan dengan pengorbanan yang tulus dan ikhlas demi kebahagiaan dan kebajikan yang lebih meluas. Dalam erti kata yang lain, mustahil segala amanah dan tanggungjawab ini dapat dilaksanakan, melainkan seseorang itu mengorbankan kepentingan diri sendiri demi kepentingan keluarga yang dikasihi, atau pihak-pihak lain yang dihormati. Kesemua pengorbanan dan pelunasan tanggungjawab ini adalah suatu ujian dan cubaan yang wajib dihadapi oleh semua mukalaf sementara nafas masih belum berhenti. Dalam perspektif Islam, kesemua ujian ini mempunyai faedah dan kelebihannya. Perkara inilah yang akan disingkap dalam artikel ini menerusi sudut pandang Imam Al-`Izz `Abd al-`Azīz ibn `Abd al-Salām dalam kitab Fawā’id Al-Balwā Wa Al- Mi ḥ an nya. Pendahuluan Dalam akidah Islam, menerusi pelajaran beriman kepada qadak dan qadar, realiti berikut wajib ditelan oleh semua orang yang beriman: “kejayaan memerlukan pengorbanan, tetapi pengorbanan tidak menjanjikan kejayaan.” Pengorbanan adalah antara elemen penting untuk seseorang mencapai kejayaan yang dicita-citakan. Benar, ada kalanya seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidupnya kerana rezeki terpijak atau bernasib baik. Namun begitu, perkara sebegini mungkin berlaku hanya sekali atau dua dalam seumur hidup seseorang. Selebihnya, untuk mencapai apa yang dicita-citakan, seseorang itu wajib berusaha gigih dan bekerja keras bagi mencapai kejayaan yang diinginkan. Seorang ayah wajib bekerja dan memerah keringat bagi memastikan semua ahli keluarganya mendapat nafkah rezeki harian untuk meneruskan hidup. Seorang ibu pula wajib membantu suaminya dalam menguruskan hal ehwal rumah bagi KELEBIHAN BERSABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN PENGORBANAN Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Felo Bersekutu, Institut Sains Islam (ISI) Pensyarah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM wmfazrul@usim.edu.my MAJALAH AL HIKMAH | 35

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=