Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

MEMBANGUN&MEMPERKASA TAMADUN UMMAH "The fall of a nation is not due to poverty, but due to the loss of ethics and knowledge." Dengan cara tersebut, segala bentuk penyelewengan agama dan ajaran sesat dapat dibanteras, manakala kefahaman dan penghayatan Islam dapat dipertingkatkan. Khaira ummah perlu dijadikan teras dalam mempertahankan kedaulatan tamadun dan umat Islam menerusi tiga prinsip utama iaitu (i) prinsip Ummatan Wasata , (ii) Fastabiqul Khairat , dan (iii) Yanfa’un Nas . (i) Prinsip Ummatan Wasata mengambil pendekatan berimbang, adil dan tidak ekstrim. Hal ini selari dengan pendekatan prinsip wasatiyyah yang dibawa Malaysia selama ini. Seterusnya, (ii) Fastabiqul Khairat iaitu berlumba-lumba melaksanakan kebajikan. Sifat ini akan melahirkan masyarakat berilmu yang mencipta kemajuan, masyarakat yang berbudaya saintifik dan teknologi serta sentiasa mahu maju kehadapan. Prinsip terakhir (iii) Yanfa’un Nas iaitu mengambil nasihat Nabi Muhammad SAW bahawa yang terbaik di kalangan umat Islam adalah yang paling bermanfaat kepada manusia. Dengan ini, generasi yang terbina akan mengangkat kesejahteraan dan kebajikan masyarakat. Kegemilangan tamadun Barat hari ini, terhasil daripada kejayaan mereka dalam bidang keilmuan dan teknologi saintifik. Begitu juga dengan tamadun-tamadun terdahulu seperti Tamadun Yunani, Rom, Mesopotamia, Mesir, India dan China. Kenyataan ini seharusnya menyedarkan umat Islam tentang masa hadapan yang terpaksa dihadapi dengan segala kemungkinan. Ziauddin Sardar dalam bukunya The Future of Muslim Civilization , menyuarakan pandangan bahawa masa hadapan ditentukan oleh masa lalu, dan masa kini merupakan gambaran kepada masa hadapan. Dalam dunia moden hari ini, tamadun Islam yang gemilang hanya boleh diangkat oleh kerajaan Islam yang berteraskan kepada sistem demokrasi moden, peka terhadap kepentingan pendidikan, serta menguasai sains dan teknologi. Perkara ini dinukilkan dalam penulisan Syed Muhammad Naquib, The Concept of Education in Islam , di mana jalan terbaik untuk umat Islam kembali menerajui penguasaan dalam bidang keilmuan, khususnya disiplin sains perlu menjadi peneraju pemikiran saintifik, membina paradigma tauhid yang menjadi asas kepada pemikiran, menggiatkan usaha penyelidikan, membangunkan teknik dan kegiatan masyarakat berteraskan sains gunaan. Dan kemuncaknya, kesemua inisiatif ini akan dapat membina kembali keagungan tamadun Islam. Ini bermakna kita telah menunaikan tanggungjawab serta kewajipan fardu ain terhadap kepentingan sosial. Islam menolak falsafah matlamat menghalalkan cara kerana Islam meletakkan kemuliaan dari segi kaedah dan matlamat. Oleh itu, Islam melarang umatnya mengamalkan budaya rasuah dan penipuan dalam perniagaan, walaupun niatnya untuk manfaat bersama, seperti pembinaan masjid, biasiswa pelajaran, menunaikan haji, dan pelbagai kerja kebajikan. MAJALAH AL HIKMAH | 34

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=