Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Dalam usaha membangun dan memperkasakan ummah, umat Islam seharusnya berusaha meneladani kegemilangan tamadun terdahulu, yakni generasi para sahabat dan tabi’in. Atas iltizam yang tinggi dalam memperkukuhkan akidah, akhlak dan syariat Islam, generasi awal Islam ini telah berjaya membentuk sebuah negara Islam yang cemerlang dalam segala aspek, termasuklah mengemudi imej positif Islam ke serata dunia. Hal ini penting dalam merealisasikan bentuk negara bangsa dan membangunkan sebuah tamadun Islam yang gemilang seterusnya melahirkan Khaira Ummah. Sebagai sebuah masyarakat yang disifatkan sebagai khaira ummah , warganya haruslah berkeupayaan menjadi contoh dalam aspek akhlak, menyeru kepada perkara makruf, mencegah perbuatan mungkar dan wajib beriman kepada Allah SWT. Agenda amar makruf nahi mungkar harus bermula daripada individu dan ahli keluarga sehingga terbentuk sebuah masyarakat yang sejahtera sebagaimana maksud ungkapan bahasa Arab iaitu “perbaikilah dirimu dan serulah orang lain ke arah kebaikan”. Dalam sebuah hadis oleh Imam Muslim, daripada Abu Sa’id al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Membangun danMemperkasa Tamadun Ummah Dr. Mohd Ammyrul Ashraf bin Sairan Pensyarah Kanan, Unit Pengajian Islam dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM) ammyrul@uum.edu.my Justeru, generasi khaira ummah bukan hanya sekadar mencegah diri daripada berbuat kejahatan, namun berusaha dalam menghalang individu lain daripada melakukan perkara mungkar mengikut kemampuan masing-masing. kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal? Maksudnya : Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang Maksudnya : Sesiapa di antara kamu melihat kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkari dengan hati) adalah selemah-lemah iman. Kita harus sedar bahawa tugas amar makruf dan nahi mungkar merupakan tugasan suci yang perlu dijalankan oleh setiap insan. Menerusi kritikan membina bererti kita telah melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. ع ْ ط ِ ت َ س ْ ي َ م ْ ل َ ن ْ إ ِ ف َ ، ه ِ د ِ ي َ ب ِ ه ُ ر ْ ي ِّ غ َ ي ُ ل ْ ف َ ر ا ً ك َ ن ْ م ُ م ْ ك ُ ن ْ م ِ أى َ ر َ ن ْ م َ ن ِ م ا َ ل ي ْ ف اإ ُ ع َ ض ْ أ َ ك َ ل ِ ذ َ و َ ، ه ِ ب ِ ل ْ ق َ ب ِ ف َ ع ْ ط ِ ت َ س ْ ي َ م ْ ل َ ن ْ إ ِ ف َ ، ه ِ ن ِ س ا َ ل ِ ب ِ ف َ Seruan ini selaras dengan peringatan daripada Allah SWT dalam surah al- Baqarah ayat 44; MAJALAH AL HIKMAH | 33

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=