Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Aiman: Bagaimana JAIS melihat peranan institusi agama dalam memupuk semangat solidariti dan pengorbanan dalam kalangan masyarakat ketika berdepan dengan situasi tragis seperti ini? Ustaz Nurhamin: Antara bentuk pengorbanan yang telah saya dan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) usahakan adalah dengan mengeluarkan teks khutbah khas yang dibacakan di seluruh masjid di negeri Selangor selama sebulan, dengan tujuan mendoakan kesejahteraan mangsa tragedi. Usaha ini turut bertujuan menyemai rasa empati dalam kalangan ahli masyarakat, agar tragedi yang menimpa tidak hanya dilihat sebagai episod duka semata-mata, tetapi sebagai panggilan untuk menyuburkan nilai keprihatinan dan solidariti sesama insan. Selain itu, pihak masjid turut mengambil inisiatif mulia dengan mengadakan kelas pengajian Fardu Ain setiap malam bagi anak-anak mangsa yang beragama Islam. Langkah ini diambil bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam aspek pendidikan agama, walaupun berdepan ujian yang besar dalam hidup mereka. Ustaz Nurhamin: Dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Prof. Dr. Irwan, bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kami telah berjaya melaksanakan sebuah program khas yang membincangkan isu-isu berkaitan fiqh bencana. Dalam program tersebut, Prof. Dr. Irwan telah menyampaikan pengisian ilmiah yang sangat bermanfaat kepada para peserta. Inisiatif ini secara tidak langsung memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam, khususnya dalam aspek pengurusan hukum-hakam sekiranya berlaku bencana atau tragedi. Ia menjadi satu persediaan penting agar umat Islam lebih bersedia dan berkeupayaan mengurus permasalahan fiqh yang mungkin timbul dalam situasi di luar jangkaan. MAJALAH AL HIKMAH | 32

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=