Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Aiman: Dalam konteks pengurusan bencana dan kecemasan, apakah peranan Tuan dalam jabatan JAIS dalam memberikan sokongan rohani dan psikososial kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini? Ustaz Nurhamin: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melancarkan satu tabung khas melibatkan seluruh masjid dan surau di Negeri Selangor, yang mana ia dikumpulkan melalui Tabung Infaq Jariah Umat Islam Negeri Selangor. Dana yang dihimpunkan ini akan disalurkan melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, bagi membantu mangsa- mangsa yang terkorban serta keluarga yang terjejas akibat tragedi tersebut. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan pihak berkuasa agama negeri serta keutuhan institusi masjid dalam memelihara kebajikan umat Islam, khususnya dalam saat- saat getir. Aiman: Adakah JAIS merancang sebarang inisiatif atau program khas seperti tazkirah, doa selamat, atau bantuan kemasyarakatan sebagai sokongan kepada mereka yang terkesan? Para petugas dan sukarelawan sanggup berkampung di lokasi bencana demi memberikan khidmat bakti, bukan sahaja dari segi keperluan asas dan barangan keperluan harian, bahkan turut menyalurkan sokongan emosi dan psikologi kepada mangsa yang terkesan. Keprihatinan ini menjadi lambang ketulusan dalam berbakti kepada masyarakat tanpa mengira masa dan kepayahan. Ustaz Nurhamin: Kita dapat menyaksikan bagaimana agensi- agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta segera digerakkan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat. MAJALAH AL HIKMAH | 31

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=