Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Dari Tragedi ke Tindakan: Respons JAIS terhadap Insiden Kebakaran Putra Heights Mohammad Aiman Bin Mohd Nazri Mahasiswa Tahun 3 Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM aimannazri@raudah.usim.edu.my Aiman: Boleh Tuan kongsikan pandangan JAIS mengenai insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini, khususnya dari sudut nilai pengorbanan yang ditunjukkan oleh mangsa atau anggota penyelamat? Ustaz Nurhamin: Pengorbanan merupakan satu makna yang amat luas dari aspek menyentuh jiwa, merentasi sempadan waktu, serta pengalaman. Tanpa mengira latar belakang, semua orang pasti pernah melalui detik-detik yang menuntut pengorbanan dalam pelbagai rupa. Pada tanggal 2 Syawal yang lalu, negara dikejutkan dengan insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights yang mengakibatkan kebakaran besar. Beberapa kawasan perumahan dan perkampungan berhampiran turut terkesan dengan letupan dan kebakaran yang berlaku dan menyaksikan penduduk dalam keadaan cemas dan memerlukan perlindungan segera. Aiman: Apakah bentuk pengorbanan yang dianggap paling besar dalam peristiwa ini menurut perspektif Islam? Dan bagaimana pihak Tuan dalam jabatan JAIS menilai keberanian serta keikhlasan pihak- pihak yang terlibat? Temubual ini telah dibuat kepada alumni program Pengajian Akidah dan Agama, yang kini seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beliau juga telah terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Putra Heights yang berlaku pada tanggal 2 Syawal 1446H. Di sebalik musibah itu, tersingkap satu keindahan kemanusiaan oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama berhimpun di sebuah masjid, bukan hanya sebagai tempat berteduh, tetapi sebagai simbol kesatuan dan kasih sayang sejagat. Kita dapat melihat sendiri bagaimana nilai pengorbanan diterjemahkan dalam bentuk keprihatinan, kerjasama dan solidariti tanpa mengira bangsa mahupun agama. Ustaz Nurhamin, berbaju biru, berdiri paling kanan, merupakan alumni USIM program pengajian Akidah dan Agama. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). MAJALAH AL HIKMAH | 30

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=