Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Syukri: Apakah pendapat anda, berkenaan pentingnya pengorbanan dalam membentuk jati diri dan kepimpinan? Syed Muhammad Aliff Hakimi: Pengorbanan amatlah diperlukan bahkan suatu kemestian dalam hidup, tak kira dalam belajar, berniaga, dan bekerja. Apa saja kerja yang kita lakukan pasti akan ada sesuatu yang perlu kita korbankan. Pengorbanan yang ditambah dengan pemikiran yang matang secara semula jadi akan membuahkan jati diri yang kuat. Dan secara tidak langsung, akan memupuk sikap kepimpinan dalam diri kita. Syukri: Sebelum kita akhiri sesi temubual ini, soalan saya seterusnya, pastinya ramai pelajar di luar sana yang sedang bergelut dengan cabaran masing-masing dalam menuntut ilmu. Berdasarkan pengalaman saudara sendiri, apakah nasihat yang boleh saudara sampaikan kepada mereka tentang erti sebenar pengorbanan dalam kehidupan dan pelajaran? Syed Muhammad Aliff Hakimi : Antara nasihat yang boleh saya berikan, korbankanlah segala yang tak perlu ketika belajar seperti mendekati maksiat, bercinta, bahkan Hubungan Tanpa Status (HTS). Semua itu adalah perkara yang tak bermanfaat. Lebihkanlah berzikir kepada Allah serta berselawat kepada Rasulullah SAW. Sebagaimana nasihat Fadhilatul Habib Ali Al-Jufri HZ kepada penuntut ilmu “Sekiranya kalian tak berhubungan rapat dengan pemilik ilmu, bagaimana ilmu akan lekat dan kekal dalam diri kalian.” Akhir kata, saya sarankan buat penuntut ilmu untuk korbankan segala hal yang berbau maksiat dan gantikan dengan segala perkara yang bertepatan dengan sunah Nabi SAW. MAJALAH AL HIKMAH | 29

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=