Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Pada tahun ini, rakyat Malaysia telah menyambut kehadiran bulan Ramadan pada malam Sabtu, bersamaan 1 Mac 2025, dan menyambut perayaan Aidilfitri pada hari Isnin, bersamaan 31 Mac 2025. Sewaktu menyambut perayaan Aidilfitri, rakyat Malaysia telah mendapat pengkhabaran yang menggemparkan iaitu peristiwa kebakaran letupan saluran paip gas yang terjadi di Putra Heights yang melibatkan 484 mangsa. Mangsa kejadian telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memelihara keselamatan mereka. Banyak agensi telah memberikan pertolongan kepada mangsa kebakaran, termasuklah pihak NGO yang membantu dalam melakukan pembersihan di tempat kejadian. Kami jawatankuasa Majalah Al-Hikmah mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa kejadian kebakaran Putra Heights dan semoga diberikan kemudahan dalam menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Sebelum saya menutup kalam ini, saya menjemput dan mengajak semua pembaca untuk menghasilkan karya tersendiri dan menjadi sebahagian daripada para penyumbang penulisan kepada majalah ini pada edisi yang akan datang. Melalui usaha ini, para pembaca dapat melatih dan membiasakan diri dalam menghasilkan karya yang menarik untuk dibaca oleh orang ramai. Jawatankuasa Majalah Al- Hikmah turut memberikan sokongan padu kepada individu yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang penulisan, khususnya dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswa Program Pengajian Akidah Dan Agama. Akhir kalam daripada saya, semoga Majalah Al-Hikmah edisi ke-15 ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dan menjadi cetusan kepada para siswa untuk menghasilkan karya yang menarik. Buat jawatankuasa Majalah Al- Hikmah pula, saya mendoakan agar dapat meneruskan legasi ini dengan cemerlang dan mengharumkan nama jawatankuasa ini. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. MAJALAH AL HIKMAH | 02

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=