Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Syed Muhammad Aliff Hakimi: Pengorbanan menangguhkan semester itu memang perit bagi saya, tapi apabila saya berfikir dari sisi positif, ternyata tersingkap hikmah dan kebaikan di sebalik apa yang terjadi. Alhamdulillah sekarang saya dah mampu bekerja seperti biasa, dan berfikir lebih matang daripada dahulu. Saya juga mampu memberi tunjuk ajar kepada junior-junior saya yang datang meminta pendapat, membentuk kumpulan untuk belajar, serta berkongsi kefahaman dan ilmu masing-masing. Syukri: Apakah nilai atau prinsip yang mendorong anda untuk terus berkorban walaupun menghadapi kesukaran? Syukri: Bagaimanakah pengorbanan tersebut memberikan kesan kepada kejayaan anda pada hari ini? Syukri: Siapakah individu yang banyak berkorban untuk membantu anda mencapai kejayaan, dan bagaimana? Syed Muhammad Aliff Hakimi: Antara individu yang banyak berkorban untuk membantu saya dalam mencapai apa yang saya ada dan mampu saya lakukan sekarang, tidak lain tidak bukan ialah ibu bapa, dan seluruh anggota keluarga saya. Tidak saya lupakan juga jasa dan pertolongan yang diberikan oleh kawan-kawan rumah sewa dan guru-guru di pelbagai fakulti dan sahabat-sahabat saya yang lain. Syed Muhammad Aliff Hakimi: Antara prinsip yang mendorong saya untuk berkorban adalah teguran para alim ulama melalui kitab-kitab yang dikarang oleh mereka, antaranya teguran daripada Imam Malik RH, mafhumnya “belajar untuk mengangkat kebodohan dalam diri dan bukannya untuk menunjuk- nunjuk kepada orang lain atau menjadi ulama”. "JIKA KAMU TIDAK TAHAN LELAHNYA BELAJAR, MAKA KAMU HARUS MENANGGUNG PERIHNYA KEBODOHAN". MAJALAH AL HIKMAH | 28

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=