Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

DEMI ILMU DAN JATI DIRI: PENGORBANAN SEORANG PENUNTUT Ahmad Nur Syukri bin Muszaimi Mahasiswa Tahun 2 Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM ansyukri2004@gmail.com TEMU BUAL ALUMNI USIM Hidup sebagai mahasiswa bukan sekadar hadir kuliah dan menyiapkan tugasan. Di sebalik senyum dan tawa, tersembunyi kisah perjuangan dan pengorbanan. Setiap kejayaan hari ini lahir daripada detik sukar – masa yang dikorbankan, impian yang ditangguh dan kesakitan yang ditahan demi harapan. Dalam ruangan khas kali ini, kami mengetengahkan kisah benar seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berkongsi pengalaman pengorbanan terbesar dalam hidupnya sepanjang bergelar penuntut ilmu. Kisah ini membuktikan bahawa pengorbanan bukan kelemahan, tetapi kekuatan yang membina jati diri dan mencorakkan kepimpinan masa depan. Syukri: Apakah bentuk pengorbanan paling besar yang pernah anda lakukan semasa zaman belajar di sini? Syed Muhammad Aliff Hakimi: Tidak dapat disangkal lagi semestinya hidup ini memerlukan pengorbanan dari kecil sampailah ke saat ini. Tetapi bagi saya antara pengorbanan saya semasa zaman pengajian disini (USIM) adalah dari segi masa. Saya mengorbankan banyak masa dari semester 1 hingga semester 5 untuk belajar dan mendalami pengajian agama, daripada pensyarah di sini, bahkan saya juga mendalaminya melalui pengajian dalam talian dan rakaman pengajian yang saya langgani secara percuma di Youtube. Setelah semester 5, pengorbanan yang mungkin paling besar adalah ketika saya terpaksa menangguhkan pengajian untuk ke semester 6 bagi memberi tumpuan kepada pemulihan kaki saya disebabkan oleh kemalangan pada semester 5. Hal ini mungkin nampak remeh di mata sesetengah orang, tapi bagi saya saat itu amat berat. Manakan tidak, saya terpaksa menangguhkan semester dan sudah pasti saya tidak dapat bergraduasi bersama dengan kawan- kawan satu batch . Syukri: Bismillah, Pengorbanan – Bukan Sekadar Cerita, Tapi Realiti Seorang Mahasiswa MAJALAH AL HIKMAH | 27

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=