Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

Muizzuddin: Adakah konsep pengorbanan dalam memperbaiki akhlak dapat membentuk hubungan yang lebih dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya? Dr. Mustafa Kamal Amat Misra: Ya, Islam amat menitikberatkan kepada penganutnya untuk berakhlak. Justeru, seseorang Muslim perlu berkorban untuk keluar daripada keselesaan yang sedia ada. Mereka perlu mengenalpasti sifat- sifat negatif (sifat mazmumah) yang ada pada dirinya supaya disingkirkan. Mendidik diri untuk bersifat dengan sifat-sifat positif (sifat mahmudah). Bahkan dalam proses mendidik diri tersebut, mereka perlu menghayati pada setiap pelaksanaan amalan syariat Islam yang sedang ditunaikan, dengan menghadirkan ingatan kepada Allah (zikrullah). Pengorbanan yang diusahakan oleh seseorang hamba pada dua contoh di atas adalah pengorbanan yang penting untuk mengubah persepsi hamba terhadap Tuhannya. Namun, perubahan kepada sesuatu yang baik adalah perlu dimulakan dari dalam. Ini bertepatan dengan kaedah: م ِ ظا َ ن ِّ ل ال َ ب ْ ق َ س ِ ف ُ ن ْ ر األ ُ ي ْ ي ِ غ ْ ت َ Maksudnya: mengubah diri sendiri sebelum mengubah sistem persekitaran MAJALAH AL HIKMAH | 26

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=