Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
Dr. Mustafa Kamal Amat Misra: Daripada dua dalil di atas, secara falsafahnya, pengorbanan diertikan sebagai tindakan yang dilakukan dengan sedar untuk melepaskan sesuatu yang berharga demi mencapai tujuan yang lebih tinggi. Seperti ibrah yang boleh difahami daripada sirah Nabi Ibrahim AS, baginda AS melalui ujian getir dalam hidup baginda dengan pengorbanan yang sangat tinggi semata-mata kerana Tuhannya. Baginda AS berkorban kerana bapanya Azar seorang pengukir berhala, berkorban untuk dibakar, berkorban kerana dibuang negeri, berkorban kerana meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Ismail AS di Mekah, berkorban kerana perlu menyembelih anaknya. Boleh dirumuskan bahawa Nabi Ibrahim AS adalah seorang nabi yang mengorbankan segalanya demi Tuhannya. Ini kerana pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim AS merupakan contoh pengorbanan di luar norma moral. Sedangkan dari sudut pandang akhlak, pengorbanan mencerminkan nilai reda yang tertinggi iaitu memberikan sesuatu tanpa mengharapkan imbalan. Dalam Islam, korban atau al-Udhiyyah bukanlah sekadar proses penyembelihan, ia juga adalah manifestasi penyerahan diri serta suatu latihan dan proses spiritual untuk mengesampingkan ego dan nafsu yang negatif. Muizzuddin: Dari perspektif sebagai seorang hamba, bagaimanakah proses pengorbanan dapat membantu seseorang hamba keluar daripada kejahilan kepada tahap keimanan yang lebih tinggi? Dr. Mustafa Kamal Amat Misra: Dalam konteks seorang hamba, tuntutan utama yang ditaklifkan kepadanya adalah mengenal Allah. Ia bermaksud mengenali dengan menyakini, membenarkan dan beriman dengan hati terhadap kewujudan Allah, nama-Nya, sifat-Nya dan perbuatan-Nya dan tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya serta menerima segala perintah dan larangan-Nya. Seseorang hamba perlu berkorban dari fasa kejahilannya, kepada fasa berpengetahuan. Keselesaan yang perlu dikorban adalah dengan menuntut ilmu. Kerana dengan ilmu, seseorang yang awalnya selesa dengan taklid pada agama warisan orang tuanya, memilih untuk beriman kepada Allah. Seseorang Muslim yang selesa mengenal Allah dengan dalil ijmali sahaja, mampu mempertingkatkan imannya dengan mengenali Allah menerusi dalil-dalil tafsili juga. Muizzuddin: Daripada penelitian saya berdasarkan dua dalil yang diberikan, bolehkah Dr. terangkan secara terperinci apakah yang ingin dicapai melalui satu pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang? MAJALAH AL HIKMAH | 25
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=