Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
Dr. Mustafa Kamal Amat Misra: Baik, boleh. Berikut adalah dalil dari Al-Quran merupakan ayat 102 dari Surah As- Saffat: Yang bermaksud: (Ibrahim berkata) wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu, maka telitikanlah apa pandangan kamu. (Ismail berkata) Wahai bapaku, lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Nescaya kamu akan mendapati bahawa aku ini insya- Allah tergolong dari kalangan mereka yang sabar. Dr. Mustafa Kamal Amat Misra: Perkataan pengorbanan merupakan perkataan berimbuhan daripada perkataan korban. Manakala korban berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu qurban yang bermaksud mendekatkan diri. Jika merujuk kepada semua bentuk ibadah yang dilakukan, ia bermaksud mendekatkan diri kepada Tuhan. Memahami falsafah korban dalam Islam, ia tertumpu kepada ibadah penyembelihan atau al-Udhhiyah yang pensyariatannya berdasarkan kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Muizzuddin: Boleh Dr. terangkan beberapa dalil yang menjadi dasar konsep pengorbanan sebagaimana yang telah Dr. jelaskan pada soalan pertama? Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Umm al-Mu’minin A’isyah RA bahawa Nabi S.A.W bersabda: ق ِ ر ا َ ه ْ إ ِ ن ْ م ِ ه ِ ل ّ لى ال َ إ ِ ب ّ ح َ أ َ ر ِ ح ْ ن ّ م ال َ و ْ ي َ ل ٍ م َ ع َ ن ْ م ِ ي ّ م ِ د َ ل آ َ م ِ ع َ م ا َ ن ّ أ َ ه ا، و َ ف ِ ل َ ظ ْ أ َ ه ا و َ ر ِ ع ا َ ش ْ أ َ ه ا و َ ن ِ ر و ُ ق ُ ب ِ ة ِ م َ ي ا َ ق ِ م ال َ و ْ ي َ ت ي ِ أ ْ ت َ ل َ ه ا َ ن ّ إ ِ ، م ِ د ّ ال ه ا َ ب ِ ب وا ُ ط ي ِ ف َ ، ض ِ ر ْ ن األ َ م ِ ع َ ق َ ي َ ن ْ أ َ ل َ ب ْ ق َ ن ٍ ك ا َ م َ ب ِ ه ِ ل ّ ن ال َ م ِ ع ُ ق َ ي َ ل َ م َ د ّ ال س ا ً ف ْ ن َ Yang bermaksud: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al- Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). Riwayat al- Tirmizi (1493). MAJALAH AL HIKMAH | 24
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=