Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

FALSAFAH KORBAN: IBRAH UNTUK PENUNTUT I LMU TEMU BUAL PENSYARAH BAHARU Muizzuddin: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nama saya Muhammad Muizzuddin bin Mohamad Yusof. Saya mewakili pihak Majalah Al- Hikmah ingin mewawancara Dr. Mustafa berkenaan satu tema yang menjadi pilihan dalam Majalah Al-Hikmah Edisi ke-15 ini iaitu “Pengorbanan 1447 Hijrah”. Untuk itu sebagai permulaannya boleh Dr. ceritakan serba sedikit tentang latar belakang Dr? Muhammad Muizzuddin bin Mohamad Yusof Mahasiswa Tahun 3 Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM muizzuddinyusof@raudah.usim.edu.my Dr. Mustafa Kamal Amat Misra: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Nama saya ialah Dr. Mustafa Kamal bin Amat Misra, pensyarah di Program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Sebelum ini, saya berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam di Universiti Islam Selangor. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dalam bidang Hadis dan Ulum Hadis dari Universiti al- Azhar al-Syarif, peringkat Sarjana dan seterusnya Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan tumpuan dalam bidang Usuluddin. Bidang kepakaran saya merangkumi Akidah Islam, al-Firaq al-Islamiyyah serta Pengajian Agama. Saya aktif dalam penyelidikan berkaitan dialog antara agama, teologi Islam, dan ilmu Kalam. Antara penyelidikan yang pernah saya ketuai termasuklah Pembangunan Model Rawatan Spiritual Islam (RSI) dalam Pemulihan Komuniti Men Sex Men (MSM) dan Transgender (2022), Ilmu Kalam di Institusi Pengajian Tinggi di Lembah Klang (2019) dan Persepsi Sarjana Hadis terhadap Manhaj Akidah di Malaysia (2017). Beberapa hasil penulisan saya telah diterbitkan dalam jurnal berindeks, antaranya Analysis on Ashairah and Ibadhiyyah on Attributes of God (2021), Analisis Pemikiran Sifat Allah Menurut Muhammad bin Yusuf Atfaiysh (2020) dan Appraisal of Human Acts Discourse among Asha‘irah Scholars (2019). Saya sentiasa berusaha menyumbang kepada pembangunan pemikiran Islam yang seimbang dan inklusif dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Muizzuddin: Soalan saya seterusnya, boleh Dr. terangkan apakah maksud pengorbanan menurut Islam? MAJALAH AL HIKMAH | 23

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=