Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
Segalanya berlaku begitu pantas, namun setiap detik itu masih mekar jelas dalam ingatan saya. Ia adalah satu pengalaman yang benar-benar menguji iman, kekuatan, dan semangat sebagai insan. Hidayah: Ketika bencana itu berlaku, apakah tindakan segera yang anda ambil demi memastikan keselamatan setiap ahli keluarga? Dan semasa kejadian berlaku adakah pihak berkuasa datang pada waktu yang terdekat? Ainaa Syazana Binti Mohamad Asnawi: Apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu hanyalah untuk menyelamatkan nyawa. Saya dan keluarga terus berlari sejauh mungkin dari kawasan kebakaran tanpa sempat membawa apa-apa. Kunci kereta, dompet, barang berharga, malah haiwan peliharaan kami, si Miaw pun terpaksa ditinggalkan dalam keadaan panik, dan cemas. Ia satu keputusan yang amat berat, tetapi dalam situasi begitu, nyawa menjadi keutamaan mutlak dan sudah pastinya saya menyerahkan perkara lain kepada Allah SWT. Kami segera mencari kawasan yang lebih selamat dan berkumpul bersama orang ramai di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai tempat perlindungan. Alhamdulillah, kehadiran pihak berkuasa seperti bomba, polis, dan pasukan penyelamat tiba tepat pada masanya ketika kami semua amat memerlukan bantuan. Mereka bertindak pantas dalam memastikan keselamatan mangsa terjamin. Kehadiran mereka memberi rasa lega dan sedikit ketenangan dalam kekalutan yang berlaku. Hidayah: Bolehkah anda kongsikan juga bagaimana suasana sambutan musim perayaan kali ini buat anda sekeluarga, setelah diuji dengan musibah yang tidak diduga ini? Ainaa Syazana Binti Mohamad Asnawi: Dalam pusat pemindahan itu, suasana raya tak terasa langsung kerana setiap hari penuh dengan orang yang datang melawat dan interview . Tambahan pula, tiada lauk- pauk atau vibes hari raya, sehinggakan kami terlupa yang sebenarnya kami sedang menyambut hari raya. Kami sekeluarga hanya sempat merasai suasana hari raya pada hari pertama di rumah dan makan nasi impit, rendang ayam, dan bergambar di halaman rumah. Pada raya kedua (hari kejadian) dan hari-hari seterusnya sudah kian tidak terasa suasana raya. ketakutan. Masing-masing tidak tahu apa yang sedang berlaku. Bunyi dentuman yang kuat dan deruman api yang semakin marak menambahkan rasa panik. Bahangnya begitu terasa hingga menusuk kulit. Saya dan keluarga hanya sempat menyelamatkan diri, kelihatan ada yang berlari keluar tanpa sempat mengambil apa-apa barangan, hanya sehelai sepinggang. Ada yang terjun ke sungai demi mengelak dari api, ada pula yang berlari sejauh mungkin untuk mencari tempat perlindungan, sama ada dengan menaiki kenderaan atau melarikan diri ke kawasan terbuka. Dalam keadaan huru- hara itu, keinginan saya hanyalah untuk menyelamatkan nyawa. MAJALAH AL HIKMAH | 21
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=