Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

PUTRA HEIGHTS TERBAKAR: SUARA SEORANG MANGSA TEMU BUAL BERSAMA MANGSA TRAGEDI Hidayah: Bismillah, Innalillahi wa inna ilaihi raji’un . Salam takziah saya ucapkan kepada anda sekeluarga atas musibah kebakaran yang berlaku di Putra Heights. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan, kekuatan, serta ketenangan hati dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. Sesungguhnya, setiap ujian yang Allah turunkan pasti tersimpan hikmah yang besar di sebaliknya, insya-Allah. Dengan penuh rasa rendah hati, saya ingin mengetahui perkembangan terkini serta keadaan anda sekeluarga selepas berlakunya tragedi yang tidak pernah kita sangka akan terjadi ini. Sehubungan itu, izinkan saya mengemukakan beberapa soalan berikut bagi memahami dengan lebih mendalam pengalaman yang telah dilalui. Ainaa Syazana Binti Mohamad Asnawi: Alhamdulillah, terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan. Antara pengorbanan terbesar yang saya hadapi ialah keperluan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di pusat pemindahan sementara. Suasana pada peringkat awal sangat mencabar, dengan keadaan yang agak tidak terurus, ramai yang masih terkejut dan trauma. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Emosi saya bercampur-baur, sedih, takut, dan cemas sehinggakan saya terpaksa kuat demi keluarga dan insan-insan di sekeliling. etelah tragedi letupan yang berlaku di Putra Heights, apakah bentuk pengorbanan paling besar yang terpaksa anda hadapi, terutamanya apabila kegembiraan menyambut hari yang mulia terpaksa digantikan dengan kesedihan mendalam? S Namun saya tetap redha dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah. Terutamanya nyawa keluarga yang terselamat dan keprihatinan masyarakat sekeliling. Semua itu lebih berharga daripada segala harta benda. Hidayah: Boleh anda ceritakan bagaimanakah suasana anda sekeluarga serta penduduk di sekeliling anda semasa kejadian tersebut berlaku? Ainaa Syazana Binti Mohamad Asnawi: Saat kejadian berlaku, suasananya sungguh mencemaskan dan penuh kekalutan. Saya boleh katakan bahawa ia seperti dalam mimpi ngeri yang sukar untuk dilupakan. Wajah-wajah di sekeliling tampak pucat lesi, ada yang menjerit, ada yang menangis Yang lebih berat lagi apabila saya terpaksa mengorbankan detik-detik indah menyambut hari raya. Saat orang lain bergembira dengan pakaian baharu, juadah yang enak, serta suasana yang penuh keceriaan. Saya pula menyambut hari yang mulia ini dalam keadaan serba kekurangan. Nur Hidayah binti Dzulkifli Mahasiswa Tahun 3 Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM n.hidaayyy@raudah.u sim.edu.my MAJALAH AL HIKMAH | 20

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=