Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada para pembaca Majalah Al-Hikmah edisi yang ke-15 tahun 2025 . Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi di atas kejayaan menerbitkan Majalah Al-Hikmah bagi edisi yang ke-15. Segala hasil karya yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada semua yang membacanya. Pihak Majalah Al-Hikmah turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang artikel, sama ada daripada kalangan pensyarah, para mahasiswa, dan orang awam yang telah berkongsi karya dengan pihak Majalah Al-Hikmah. Jawatankuasa Majalah Al-Hikmah merupakan antara salah satu jawatankuasa yang menjadi penyebar informasi dan keilmuan oleh warga Program Pengajian Akidah dan Agama serta orang awam. Sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, kesemua edisi Majalah Al-Hikmah dapat diakses melalui laman sesawang rasmi Fakulti kepimpinan dan Pengurusan, USIM di pautan: https://fkp.usim.edu.my/al- hikmah-magazine/. Penghasilan Majalah Al-Hikmah pada kali ini mengumpulkan pelbagai bahan bacaan yang akan memberikan manfaat kepada semua yang membacanya. Pelbagai isu menarik telah dikupas dan dibahaskan dalam Majalah Al-Hikmah edisi ke-15. Edisi kali ini membawakan tema “Pengorbanan 1447 Hijrah” yang banyak menceritakan pengorbanan dalam meraih sesuatu kejayaan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menelusuri pengorbanan yang telah dilakukan oleh tokoh yang telah ditemu ramah di dalam Majalah Al-Hikmah kali ini. Dari Meja Ketua Editor Segala puji-pujian diberikan kepada Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, dan para ulama yang mewarisi semangat dakwah Baginda. ف ِ ر َ ش ْ أ َ ى َ ع ل َ م ُ ل َ س ّ و ال َ ة ُ ص ال ّ و ال َ ن َ ي ْ م ِ ل َ ع ا َ ب ال ِّ ر َ ه ِ ل ّٰ د ل ُ م ْ ح َ ل ْ ا َ ، م ِ ي ْ ح ِ ر ّ ن ال ِ ـ ٰ م َ ح ْ ر ّ ه ال ِ ل ّٰ م ال ِ س ْ ب ِ ن َ ي ْ ع ِ م َ ج ْ أ َ ه ِ ب ِ ح ْ ص َ و َ ه ِ ل ِ ا ٰ لى َ ع َ و َ د ٍ م ّ ح َ م ُ ن ا َ ل ٰ و ْ م َ و َ ا َ د ن ِ ي ِّ س َ ن َ ي ْ ل ِ س َ ر ْ م ُ ل ْ و ا َ ء ِ ي ا َ ب ِ ن ْ األ ْ MAJALAH AL HIKMAH | 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=