Majalah Al-Hikmah Edisi 15 2025

BELASUNGKAWA DAN TAKZIAH ن َ ع و ُ ج ِ ر ا َ ه ِ ي ْ ل َ إ ِ نا َ إ ِ و َ ه ِ ل َّ ل ِِ نا َ إ ِ Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un Pihak sidang editor Majalah al-Hikmah merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin bin Ghazali , pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang telah kembali ke rahmatullah. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan rakan sejawat, malah kepada masyarakat ilmuwan dan umat Islam secara umumnya. Allahyarham dikenang sebagai seorang tokoh ilmuan yang gigih, berwibawa, dan banyak menyumbang dalam bidang pemikiran Islam, dakwah, serta pendidikan. Sesungguhnya jasa dan sumbangan Allahyarham dalam dunia keilmuan dan penulisan akan terus hidup sebagai amal jariah yang berpanjangan, memberi manfaat kepada generasi akan datang, insya-Allah. Kami mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas roh beliau, dan menempatkannya dalam kalangan para solihin dan hamba-hamba-Nya yang dikasihi. Semoga ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat-saat yang penuh ujian ini. Al-Fatihah. MAJALAH AL HIKMAH | 11

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=