Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
Aktiviti bacaan Yaasin dan Surah Kahfi diadakan untuk memupuk semangat keagamaan dalam kalangan pelajar serta memperbanyakkan amalan sunnah. Bacaan Surah Yaasin diadakan sebagai doa dan amalan umum untuk kebaikan diri dan umat, sementara bacaan Surah Kahfi adalah amalan sunnah yang dilakukan pada hari Jumaat untuk mendapatkan keberkatan. Tujuan program diadakan adalah untuk memperbanyakkan amalan ibadah dalam kalangan pelajar dan meningkatkan kecintaan terhadap bacaan Yaasin dan Surah Kahfi sebagai amalan harian dan sunnah. Kelas Talaqqi ini melibatkan tujuh kelas berturut-turut setiap minggu yang merangkumi pelbagai topik dari kitab yang berbeza. Setiap sesi diadakan dengan penuh disiplin dan dihadiri oleh para peserta yang berminat untuk mendalami ilmu agama. MAJALAH HIKMAH | 60 Aktiviti potluck AGENT diadakan untuk menggalakkan kerjasama, saling mengenali antara peserta, serta memberi peluang kepada setiap individu untuk berkongsi hidangan kegemaran mereka. Potluck adalah suatu bentuk acara sosial di mana setiap peserta membawa makanan untuk dikongsi bersama-sama. Aktiviti ini diadakan pada tarikh 14 Disember, hari Sabtu yang bertempat di bilik AGENT. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk mengukuhkan hubungan antara ahli komuniti/kelompok dan mewujudkan suasana santai dan mesra. Secara keseluruhan, aktiviti potluck ini berjaya mencapai tujuannya untuk mengeratkan hubungan sesama peserta, serta memberikan peluang kepada setiap individu untuk berkongsi makanan dan pandangan mereka mengenai isu-isu tertentu. Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti ini dapat menikmati suasana yang menyeronokkan dan mengeratkan silaturahim. Pelajar hadir secara online melalui Google Meet sepanjang bacaan dimulakan. Bacaan Surah Yaasin dilakukan secara bersama- sama, dengan pelajar mengikuti leader yang memimpin bacaan. Aktiviti bacaan Yaasin dan Surah Kahfi ini berjaya mencapai tujuannya untuk meningkatkan amalan keagamaan dan mempereratkan hubungan antara pelajar. Aktiviti bermula pada jam 7.45 malam, dimulai dengan bacaan selawat asyghil. Kitab Syarah al-Akidah al-Sughro 1. Kitab Tanwir al-Qulub (Tasawwuf) 2. Kitab Integrasi Ilmu menurut Epistemologi Islam 3. Kitab Tarbiyyatuna al-Ruhiyah 4. Kitab Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas 5. Kitab al-Milal wa al-Nihal 6. Kitab Syarah Matan Al-Kharidah Al- Bahiyah 7.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=