Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
Pada 6 Januari 2024, peserta petanque dan catur berkumpul pada jam 0900 pagi dan permainan tamat pada jam 1300 tengah hari. Setiap permainan menyediakan roti berperisa dan air mineral untuk peserta, serta ambulans dan unit kecemasan yang bersedia sepanjang permainan. Program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Pada 28 Disember 2023, EXCO Khidmat dan Masyarakat Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan program kemasyarakatan "Santuni Pelajar USIM, Agihan Makanan Percuma" di Bilik Agent, FKP. Program ini disertai oleh 3 anggota EXCO PERWADAH dan 10 anggota EXCO Khidmat Masyarakat. Pada 30 Disember 2024, peserta bola tampar dan sepak takraw berkumpul di Kompleks Sukan Tunku Najihah pada jam 0800 pagi untuk mengisi kehadiran dan melakukan senaman ringan sebelum permainan bermula pada jam 0830 dan tamat pada jam 1200 tengah hari. Selepas berehat, mereka berkumpul semula pada jam 1600 untuk permainan bola baling yang tamat pada jam 1800. Pada 31 Disember 2024, peserta berkumpul di padang futsal dan bola keranjang pada jam 0800 pagi, dan permainan bermula pada jam 0830 hingga 1200 tengah hari, dengan acara bola jaring berlangsung dari jam 1100 hingga 1300 tengah hari. Pada malamnya, permainan PUBG bermula pada jam 2100 dan tamat pada jam 2300. Objektif program adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara pelajar sarjana muda Akidah dan Agama, memberi peluang kepada exco Khidmat Masyarakat untuk berkenalan dengan pelajar, serta menyediakan makanan dan minuman percuma kepada mereka. Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan baik, di mana pelajar tahun 2 dan tahun 3 dapat berkenalan dan menjalin ukhuwah sambil menikmati makanan percuma. Penganjur berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus merapatkan ukhuwah antara pelajar Akidah dan Agama. MAJALAH HIKMAH | 58
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=