Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

L A P O R A N P E R W A D A H Mahrajan Akidah Week 2024, yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Akidah dan Agama (PERWADAH), berlangsung dari 5 hingga 8 November 2024 di beberapa lokasi dalam universiti. Program ini bertujuan untuk memperkasa kefahaman dan pemikiran dalam bidang akidah, falsafah, tasawuf, dan perbandingan agama melalui siri ceramah dan forum yang menampilkan penceramah terkemuka. Setiap hari mempunyai tema khusus seperti " Tasawuf Day ," " Falsafah Day ," " Perbandingan Agama ," dan " Akidah Day ." Program ini berjaya mencapai objektifnya, termasuk mempromosikan aktiviti kepimpinan, memberi pendedahan kepada pelajar tentang akidah yang sebenar, mencungkil bakat pelajar, dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis. Program ini mendapat maklum balas positif daripada peserta, termasuk pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia, universiti lain, dan orang awam secara dalam talian. MAJALAH HIKMAH | 57

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=