Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
MAJALAH HIKMAH | 56 Antara topik yang dimuatkan dalam buku ini adalah maksud terminologi al-Asha’irah, biografi Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari, perkembangan pemikiran akidah Imam al- Ash’ari, kedudukan Imam Abdullah Ibn Kullab dalam al-Asha’irah, al-Quran adalah kalamullah , analisis kandungan kitab al- Ibanah , maksud Ahl al-Sunnah Wa al- Jama’ah , persoalan nas mutashabihat , khilaf dalam perbahasan akidah, menyucikan (tanzih) zat Allah taala daripada sifat-sifat makhluk, senarai nama pentafsir, ahli hadis, ahli fiqh dan ahli bahasa Arab al-Asha’irah yang tersohor, fatwa dan pandangan para ulama berkenaan al-Asha’irah, dan banyak lagi. Kesimpulannya, buku شهادة الشاعرة أهل السنة وأدلتهم المة علماء (Al-Asha’irah adalah Ahl al- Sunnah Wa al-Jama’ah : Persaksian dan dalil-dalil para ulama) dan terjemahannya adalah buku yang baik dan berupaya menjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh masyarakat berkenaan keabsahan kedudukan al-Asha’irah dalam Ahl al- Sunnah wa al-Jama’ah. Topik-topik yang dimuatkan dalam buku ini juga mampu menyingkap persoalan-persoalan penting dalam membersihkan segala kejahilan dan fitnah yang ditujukan kepada para ulama yang juga pewaris para Nabi AS. Buku ini juga telah diterbitkan pada tahun 2016 dalam bahasa Inggeris oleh Sunni Publications yang berpangkalan di Belanda dengan tajuk Ahl al-Sunna The Ash’aris: The Testimony and Proofs of the Scholars . Penterjemahan buku ini telah dibuat oleh Abdul Aziz Suraqah untuk rujukan para pembaca bahasa Inggeris.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=