Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
MAJALAH HIKMAH | 55 Jika digunakan dengan baik pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan kemajuan pendidikan yang ada pada hari ini, terdapat banyak rujukan yang berautoriti dan berinformasi dapat diakses untuk memahami hakikat dan kedudukan sebenar al-Asha’irah dalam peta pengajian ilmu akidah. Imam Taj al-Din al-Subki (727- 771H / 1327-1370M) dalam magnum opus nya Tabaqat al-Shafi’iyyah al-Kubra menyatakan: Maksudnya: Ketahuilah bahawa (Imam) Abu al-Hasan (al-Ash’ari) tidak mencetuskan pandangan baharu dan tidak mencipta mazhab baharu, sebaliknya beliau hanyalah seorang yang memperkukuhkan pandangan-pandangan golongan salaf dan mempertahankan apa yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah (SAW). Maka, penisbahan diri kepada al-Asha’irah adalah dianggap ا ، ً ا ولم ينشيء مذهب ً اعلم أن أبا الحسن لم يبدع رأي وإنما هو مقرر لمذاهب السلف، مناضل عما كانت عليه صحابة رسول ا، فالنتساب إليه إنما هو باعتبار أنه تمسك به وأقام الحجج والبراهين عليه فصار المقتدي به في ذلك السالك سبيله في الدلئل يسمى ا . ً أشعري sebagai berpegang kepada ajaran tersebut dan pembuktian (akidah) dengan hujah- hujah dan dalil-dalil yang kukuh, sehinggakan sesiapa yang mengikuti jejak langkahnya dalam perkara tersebut dan menggunakan kaedah dalil yang sama disebut sebagai seorang Ash'ari. Pada tahun 2010, Hamad al-Sinan dan Fauzi al-Anjari telah mengumpulkan dan menyusun sebuah buku yang unik dalam menghuraikan kedudukan kumpulan al- Asha’irah dalam Ahl al-Sunnah wa al- Jama’ah. Buku mereka ini bertajuk أهل السنة الشاعرة شهادة علماء المة وأدلتهم adalah menyusahkan, kerana itulah kebanyakan orang hanya terus menghakimi. Sedangkan Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua: يا أيها الناس تعلموا، إنما العلم بالتعلم، والفقه بالتفقه، ومن يرد ا به خيرا يفقهه في الدين Iaitu: wahai semua manusia, tuntutlah ilmu pengetahuan. Sesungguhnya ilmu itu diperolehi dengan jalan belajar dan kefahaman itu didapati dengan jalan tafaqquh. Dan barang siapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Allah akan kurniakan kefahaman agama kepadanya (Riwayat al-Tabrani). (Al-Asha’irah adalah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah: Persaksian dan dalil-dalil para ulama). Buku ini adalah terbitan Dar Aldeyaa yang berpangkalan di Kuwait dan mempunyai 320 halaman yang membahaskan isu-isu penting berkenaan al-Asha’irah. Seramai sepuluh orang ulama yang telah memasukkan pujian mereka ke atas buku ini seperti Sheikh Dr. Muhammad Hasan Hito (lahir 1943), Sheikh Dr. Ali Jum’ah (lahir 1952), Habib Ali Al- Jufri (lahir 1971), Almarhum Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buti (1929- 2013), dan Almarhum Dr Syeikh Wahbah al-Zuhayli (1932-2015).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=