Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Pensyarah, Program Pengajian Akidah dan Agama, USIM Oleh: AL-ASHA'IRAH ADALAH AHL AL-SUNNAH WAL JAMAAH Dunia hari ini menyaksikan pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan kemajuan pendidikan. Pelbagai kemudahan yang canggih dan unik yang telah diperkenalkan kepada masyarakat umum seperti kaedah pembelajaran dalam talian, penerbitan buku elektronik, akses mudah bagi rakaman pelbagai jenis kuliah dan ceramah, enjin carian yang laju, aplikasi kecerdasan buatan generatif dan banyak lagi. Namun begitu, jika kesemua teknologi dan kemudahan ini disalahgunakan, perkara ini hanya akan menatijahkan kesan yang buruk kepada pemikiran dan keadaan masyarakat. undang-undang, terdapat pelbagai kecaman jahat dan tuduhan salah yang telah dilemparkan kepada al-Asha’irah. Pengikut al-Asha’irah telah dilabel secara keji dan jijik sebagai kumpulan yang menyalahi prinsip akidah Islam, bertaklid kepada falsafah Yunani, mempunyai pandangan ekstrem, dan tidak mewakili majoriti umat Islam di dunia sejak zaman- berzaman. MAJALAH HIKMAH | 54 Ketika mana para ahli bidang dan pembuat dasar berbincang berkenaan isu Rang Undang-undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan, terutamanya berkenaan kedudukan al-Asha’irah dalam teks rang Dalam kitab Ihya’ Ulumiddin , Imam al- Ghazali (450-505H /1053-1111M) pernah menasihatkan para pembacanya bahawa جهلوا ما أعداء الناس iaitu umumnya manusia menjadi musuh dengan perkara yang tidak diketahuinya. Dalam ungkapan Carl Jung (1875-1961), seorang ahli psikologi dan psikoterapi ternama, thinking is difficult, that's why most people judge iaitu berfikir wmfazrul@usim.edu.my
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=