Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

SERANGAN SIBER Tuntasnya, kita mesti ambil tahu menahu tentang perang psikologi yang terjadi dalam hidup ini bukan sahaja dalam perang sebenar malah ianya juga berlaku dalam kehidupan sebenar kita. Dari segi krisis ekonomi, kita harus menanam dalam minda kita bahawa kita harus mengawal perbelanjaan dan tidak terlalu mengikut trend yang hanya membazirkan wang. Dalam krisis ekonomi juga, kita harus mengelakkan atau mengurangkan penggunaan media sosial seperti Instagram, Facebook, atau Tiktok yang kerap memaparkan barang-barang terkini yang mampu menguatkan hasrat seseorang untuk memiliki barang tersebut. Dari segi stres dalam bekerja, syarikat mampu menawarkan perkhidmatan psikiatri kepada pekerja mereka untuk mengurangkan stres ketika bekerja. Bagi para pekerja pula mereka boleh meluangkan masa dengan mereka yang tersayang. Mereka yang terdesak sentiasa menjadi sasaran mudah oleh kelompok ini kerana mereka akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan sesuatu itu. Dengan menggunakan cara ini mereka dapat menipu dan manipulasi mangsa mereka. Kesimpulannya, kita haruslah lebih berwaspada dengan semua tawaran atau hadiah yang diberikan oleh orang lain kerana kemungkinan besar ianya merupakan umpan untuk menarik perhatian kita kepada mereka. Kita juga haruslah memahami strategi yang digunakan oleh sindiket-sindiket ini untuk memancing mangsa mereka. MAJALAH HIKMAH | 53 Dalam serangan siber pula, kegiatan ‘ scammer ’ semakin berleluasa. Kelompok ini kerap menggunakan teknik psikologi untuk mengambil wang daripada mangsa mereka. Mereka selalunya menggunakan teknik “ honey trap ” yang digunakan untuk memancing mangsa. Teknik ini terdapat dalam “36 Strategi Perang” di mana mereka akan memasang perangkap dengan perkara yang mampu menarik perhatian musuh. Kelompok ‘ scammer ' ini juga menggunakan teknik yang sama dengan menggunakan sesuatu yang menarik, contohnya selalu menawarkan pelbagai hadiah yang menggiurkan kepada mangsa mereka agar mereka sanggup mengeluarkan wang untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Mereka juga menggunakan cara dengan menyamar sindiket mereka dalam bentuk bantuan kewangan untuk memancing mangsa yang memerlukan wang. Mereka selalunya menggunakan sifat panik yang ada pada sifat manusia dan selalunya fokus pada orang yang terdesak. PENUTUP

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=