Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

Tidak kiralah pergi berjalan-jalan atau ke pantai. Apa saja cara yang mampu menenangkan pikiran anda boleh dilakukan. Terdapat syarikat yang menyediakan perkhidmatan psikiatri bagi membantu pekerja mereka yang lelah dan memerlukan perkhidmatan psikologi bagi menghadapi semua masalah dalam syarikat dan urusan privasi. Banyak kes di mana perbalahan keluarga berlaku malah hingga berlakunya pembunuhan antara ahli keluarga akibat daripada memandang remeh pengendalian tekanan di tempat kerja. Dengan semua cara ini diharapkan ianya bakal membantu semua pekerja untuk membuang semua beban yang tidak diperlukan semasa bekerja serta dapat meningkatkan prestasi kerja. Jangan biarkan situasi “nasi sudah menjadi bubur” baru mula untuk bertindak kerana seharusnya sudah ada kesedaran sejak awal. MAJALAH HIKMAH | 52 Seterusnya, ketika dalam masalah perhubungan antara suami isteri atau sesama kekasih, kunci untuk mengekalkan masalah perhubungan ini ada tercatat dalam Art of War karya Sun Tzu iaitu “kalau anda mengetahui diri anda dan musuh, anda tidak perlu khawatir 100 peperangan, kalau anda hanya mengetahui diri anda tetapi tidak musuh, setiap kemenangan yang anda capai ada juga kekalahan, kalau anda tidak mengetahui keduanya anda akan kalah dalam setiap peperangan”. MASALAH PERHUBUNGAN Perkataan “musuh” dalam pepatah ini jelas adalah pasangan anda. Anda harus memahami kelemahan dalam diri anda sebagai pasangan dan mengetahui seperti apakah pasangan anda. Jika anda hanya fokus pada diri anda sendiri dan mengabaikan pasangan anda, semua usaha mungkin akan berkesan dalam mengekalkan hubungan, tapi tidak lama. Anda harus memahami kedua-duanya iaitu diri anda dan pasangan bagi mengekalkan hubungan yang harmoni. Jika anda tidak memahami diri anda dan pasangan anda maka hubungan anda tidak akan berkekalan lama. Kesimpulannya, anda harus memahami diri anda sebagai pasangan apakah kelemahan anda, apakah kelebihan yang anda boleh tunjukkan kepada pasangan anda serta kegunaannya untuk merapatkan kembali hubungan anda.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=