Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

TEKANAN DAN STRES BEKERJA Semua orang yang bekerja suka mengikut trend dan sanggup berbelanja duit dalam jumlah besar hanya untuk menunjuk kepada rakan kerja atau hanya guna untuk sementara trend masih panas. Sebagai contoh, pembelian telefon pintar yang baru setiap kali model yang baru keluar. Ini jelas betapa borosnya dalam perbelanjaan dan membuat hampir semua pekerja tiada duit simpanan bagi situasi kecemasan. Situasi ini jelas bahawa hampir sebahagian daripada mereka tiada pemikiran yang sesuai untuk mengawal perbelanjaan mereka dan hanya mengikuti trend . Untuk merubah hidup, seseorang itu haruslah mengubah diri mereka sendiri dahulu jika ingin keluar daripada kitaran yang tiada makna ini. Selain daripada itu, masyarakat Malaysia juga harus kurangkan penggunaan media sosial seperti Instagram dan Tiktok. Instagram dan Tiktok mendedahkan kita dengan trend terkini dengan barang- barang yang menjadi trend atau makanan mahal. Ini mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat kita dan sanggup berkorban duit dan masa demi mengikuti semua itu agar menjadi viral di kalangan pengguna media sosial. Dengan pengawalan perbelanjaan duit ini mampu mengurangkan kos yang tidak diperlukan dan hanya fokus membeli barangan keperluan sahaja. MAJALAH HIKMAH | 51 Seterusnya, mengenai menghadapi kos sara hidup yang tinggi, salah satu tekniknya adalah dengan merancang dari awal. Merancang dari awal adalah cara untuk bersedia menghadapi krisis ekonomi dan memerlukan persediaan dari awal. Namun, jika masyarakat tidak memulakan perancangan dari awal, ini akan menyukarkan mereka untuk mengawal situasi ekonomi pada masa kini. Kesimpulannya, krisis ekonomi bukan sahaja memerlukan persediaan dari segi psikologi malah juga dari segi usaha dan persediaan. Masyarakat Malaysia haruslah mengubah pemikiran mereka dalam pengawalan perbelanjaan, kurangkan penggunaan media sosial seperti Tiktok dan Instagram, serta harus menyediakan persediaan awal dalam menghadapi cabaran krisis ekonomi Di samping itu, dari segi psikologi ketika bekerja, ramai dari kita yang mengalami turunnya motivasi serta tiada semangat dalam menghadapi pekerjaan. Untuk menghadapi masalah ini, mereka harus menenangkan diri mereka dengan meditasi atau lebih meluangkan masa dengan orang tersayang. Stres dan tekanan adalah lumrah kehidupan dalam masyarakat dan tidak boleh dielakkan lagi. Untuk mengurangkan stres mereka haruslah melakukan meditasi atau melakukan perkara yang mampu menenangkan fikiran mereka.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=