Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
KRISIS EKONOMI Terdapat juga karya “ The 48 Laws of Power ” karya Robert Greene. Ia merupakan buku motivasi diri dan panduan mengenai bagaimana untuk menghadapi hidup serta bagaimana strategi dalam hadapi pelbagai cabaran. Semua karya-karya ini berguna menghadapi cabaran dan ujian dalam kehidupan. Pada masa kini, ramai orang yang harus mengharungi pelbagai cabaran dari segi ekonomi, tekanan psikologi semasa bekerja, masalah hubungan dan serangan siber. Semua ini adalah antara pelbagai cabaran dan halangan yang harus manusia lalui. Maka, saya di sini akan berikan serba sedikit tentang bagaimana secara psikologinya menghadapi semua cabaran dan ujian yang ada di dunia ini. Ini dapat membantu anda serba sedikit bagaimana mahu menghadapi dunia yang penuh dengan ujian ini. MAJALAH HIKMAH | 50 Sebagai pendahuluan, untuk menghadapi cabaran dari segi ekonomi. Krisis ekonomi adalah krisis yang telah berlaku di negara kita sejak lama dan jalan keluar daripada situasi ini masih pudar. Namun sebagai penduduk negara ini, kita tidak boleh berputus asa dan sentiasa harus mencari cara agar dapat bertahan di dalam dunia yang hanya penuh dengan kepentingan ini. Dari segi psikologi, untuk bertahan kita harus memahami cara bagaimana ekonomi berfungsi. Antara dari kita bekerja sebagai pekerja kolar putih dan ada juga yang bukan. Langkah pertama, mereka harus mengubah pemikiran mereka dalam pengawalan duit. Ini bagi mereka yang bekerja dengan memanfaatkan makan gaji buta. Teknik ini mampu mengawal pemikiran mereka dalam pengawalan duit perbelanjaan mereka.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=