Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

MAJALAH HIKMAH | 48 Oleh itu, setiap orang yang berkongsi di media sosial perlulah berfikir tentang konsekuansi tindakan mereka tentang bagaimanakah penerimaan orang ramai terhadap perkongsian kita. Jika perkara tersebut mengaibkan, fikir-fikirkanlah dan jangan kongsikan. Jika ia berkenaan orang lain, minta izinlah dahulu kadang-kadang mereka tidak ingin wajah mereka dijadikan “konten” muka buku orang lain. Dunia tetap akan berkembang, namun tanda tanya adalah bagaimana kita menghadapinya. Lihat komen-komen tersebut, bukankah berbeza tafsirannya? Maka, untuk melihat realiti tersebut perlulah diketahui niatnya, namun niat itu perkara batin yang hanya diketahui oleh Tuhan Semesta Alam, kita hanyalah penghukum zahiriah sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=