Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

MAJALAH HIKMAH | 47 MUHAMMAD KHAIKAL BIN LUQMAN Pelajar Pascasiswazah Bidang Syariah dan Undang-Undang, Universiti Al-azhar Oleh: PERLUKAH PAPARKAN SEGALANYA DI MEDIA SOSIAL? Abad baru ini, masyarakat mula berubah dari satu kebiasaan kepada kebiasaan yang lain. Misalnya, daripada segi permainan, sikap, pergaulan dan hiburan. Antara medium utama yang memberi pengaruh besar dalam perubahan norma dunia hari ini ialah teknologi. Lebih-lebih lagi, media sosial yang berkembang pantas dan dimiliki oleh sebilangan besar masyarakat. Media sosial mampu memberikan impak positif bagi individu begitu juga sebaliknya, media sosial mampu memberikan kesan negatif apabila ianya tidak diuruskan dengan baik seperti buli siber, isu seksual dan banyak lagi. Persoalannya, bagaimanakah cara menggunakannya dengan benar? Hari ini, melalui media sosial … seorang ibu berkongsi perilaku anaknya yang buruk, seorang isteri pula menyebarkan aib suaminya di rumah, seorang suami pula berbangga bercerita berkenaan hubungan intimnya dengan isteri, seorang abang berkongsi gambar adik perempuannya yang mengghairahkan. Jadi, dimanakah batasannya? Tambahan pula, persoalan berkenaan realiti satu-satu gambar yang dikongsi di media sosial. Suatu gambar boleh dilihat dengan dua sisi atau lebih, setiap sisi menunjukkan tafsiran yang berbeza dengan sisi yang lain. Setiap orang tidak melihat dengan sisi yang sama. Sebagai contoh, seorang politikus bergambar dengan seorang agamawan. Apakah interpretasi awam? Berkemungkinan komen warganet yang bakal diberikan seperti; Warganet A: “Bagusnya orang politik berjumpa dengan alim ulama”. Warganet B: “Hmm, orang politik ni talam dua muka, mesti nak raih undi”. Warganet C: “Agamawan ni penunggang agama, tergiur dengan dunia sebab rapat dengan orang politik”. khaikal39@gmail.com

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=