Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
SHARIL NIZAM BIN SHA’RI Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Oleh: KETIKA LANGIT TERBUKA, BERHUJAN TULUS Berarak gemawan lalu Masih ingat detik Sepenuh hati yakin jiwa Berani dan gagah Rela menjadi pendidik. Telah berjejak ilmu Telah berliku rasa Menggunung azam nubari Sanggup ke puncak cabaran Sanggup ke lembah pengorbanan Berdagang pengalaman demi pengalaman Mengasuh akal dan minda Anak bangsa tanpa lelah Walau dikau umpama lilin. Ketika bernaung di pohon amanah Segala yang berat dipikul Segala suka mampu dikongsi segala duka dipendam rasa. Kekadang, terasa diri terkorban kerana menerangi orang lain demi kiblat bersepuh nawaitu demi kejernihan ilmu kerana anak bangsa terus teguh ada di sini. Bertiup kencang pawana kesedaran Pasti jiwa tubuhmu Kembali bangkit Bukan duit jadi tujuan Bukan pangkat jadi taruhan Bukan anugerah jadi sanjungan. Kerana Ketika langit terbuka Menghidupkan segala diri Terus kukuh perjuangan Terus menuntut segala yang perlu dilakukan. Kerana bangsa negaramu hasil didikan hari ini. Percayalah, segala terbalas Dalam hujan tulus menakluk iman dan dirimu. MAJALAH HIKMAH | 46 sharil@upm.edu.my
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=