Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
Firdaus : Boleh kami tahu tentang tempat latihan industri yang saudara Basit ikuti baru-baru ini? Abdul Basit : Latihan industri yang saya ikuti baru-baru ini bertempat di Masjid An Noor, Christchurch, iaitu masjid pertama yang dibina di kawasan selatan New Zealand. Masjid ini telah dibina pada tahun 1984. Masjid ini istimewa kerana ia merupakan satu-satunya masjid di kawasan ini biasanya beroperasi di lokasi yang disewa, seperti rumah kedai atau bangunan komuniti. Abdul Basit : Alhamdulillah, perkembangan agama Islam di New Zealand boleh dikatakan sangat baik, meskipun Islam adalah agama minoriti di sana. Kerajaan New Zealand menunjukkan komitmen yang jelas dalam meraikan kepelbagaian agama dan menghormati hak-hak setiap komuniti untuk mengamalkan kepercayaan masing- masing. Kita boleh lihat perkembangan pembinaan masjid dan setiap daerah mempunyai masjid yang khusus, walaupun Islam tidak menjadi agama yang majoriti tetapi usaha dakwah yang dilakukan sebahagian badan persatuan membuahkan hasil yang baik. Firdaus : Apakah pesanan saudara Basit kepada kami dan para junior di program Pengajian Akidah dan Agama untuk terus maju dalam pelajaran serta berjaya dalam latihan industri kami? Abdul Basit : Dalam hidup ini nak berjaya kena ada disiplin yang tinggi. Pemilihan tempat untuk latihan industri mestilah ikut kepada apa yang kita perlu, jangan pilih suatu tempat kerana kawan. Sekalipun semua kawan pergi tempat yang sama, kita mesti pilih tempat yang boleh kembangkan potensi diri kita. Dan semasa melakukan latihan industri pastikan cuba ambil sebanyak mungkin peluang dan pengalaman tidak kira dalam bidang pengurusan, pentadbiran, gerak kerja dan lain-lain kerana perkara itulah yang akan menjadi nilai tambah dalam diri kita. MAJALAH HIKMAH | 44 Firdaus : Bolehkah saudara Basit ceritakan tentang perkembangan agama Islam di bumi New Zealand berdasarkan pengalaman singkat di sana? Akhir sekali, jangan lupa teruskan menuntut ilmu walaupun telah memasuki alam pekerjaan. Jangan berhenti, kerana kemuliaan di dunia dan di akhirat itu perlu kepada ilmu.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=